Malam tadi, keindahan sungguh terasa dalam jiwa. Aku meraikan kejayaan aku dalam praktikum serentak dengan ulangtahun hari lahir kawan rapatku yang akan datang pada Isnin depan. Diraikan awal sebab minggu depan dia tak da kat sini.
Hari lahir disambut dengan meriah. Aku cuba untuk gembirakan semua teman2 yang ada lebih2 kawanku yang akan menyambut ulangtahun. Apa yang aku harapkan, kawan rapat ku ini gembira malam tadi. Birthday kau minggu depan, kau xda ctok, xpat ku nak celebrate ngan kau pada hari kejadian, sedih na aku eh...
Pagi tadi, aku pergi ke terminal express. Hantar 3 orang kawan aku yang nak ke Sibu. Pilu hatiku hanya Tuhan yang tahu. Seminggu ni aku akan sendirian di asrama. Teman2 rapat semua berada jauh di mata. Kalau rakan2 sekelas aku, semua tak ada di sini atas sebab praktikum. Kini, teman rapat ku pula tiada. Entah macam mana sepi dan sunyi nya hidup aku sepanjang seminggu ni.
Walau ada penyeri hidup untuk kebahagiaan klimaks di sini, tapi aku tetap rasa sunyi... Kawan2, balik lah cepat. Aku x sabar nak jumpa takorang, walaupun sebenarnya takorang bok jak pulang ari tok tek. Lepas antar takorang tek, terus menerus ku rasa sunyi, boring, songeng, sab sorang2. Asrama kedak kubur cina jak tok. Warghhhh....
Ceritera tentang kehidupan untuk tatapan kendiri dan umum yang ingin membuka ruang fikir diri...
Klik jika anda bijak
Jangan lepaskan
15 Ogos 2009
11 Ogos 2009
Lama tak menulis...
Salam diucapkan kepada yang melawat...
Lama sungguh sudah tak menulis. Bukan sebab ketandusan ide, tapi kesibukan membataskan segalanya. Lepas cuti semester hari tu, disibukkan dengan Drama Piala Ketua Menteri Sarawak, then budak-budak baru masuk - KPLI n PPISMP, dan kemudian praktikum sampai ke hari ni. Banyak benda yang diceterakan sebenarnya. Tapi, biarlah yang best2 je k.
Drama hari tu, i menang award PENGARAH TERBAIK. Syukur Tuhan. Berkat penat lelah yang ditaburkan tanpa rasa berkira memang kadang2 akan membuahkan hasil yang tak disangka. Tahniah diucapkan kepada semua krew yang berjaya menunjukkan yang terbaik. U all memang best sangat sepanjang latihan sehingga pertandingan tu. Ramai mulut yang berbunyi bila mana ramai di kalangan rakan-rakan i yang dimasukkan ke dalam senarai akhir peserta drama tu. I x kesah orang nak cakap apa. Yang penting, i ada hak nak buat macam tu kan? Kalau kita nak hasilkan sesuatu yang cukup baik, pertama sekali kena pastikan kita bekerja bersama dengan orang2 yang boleh bekerjasama dengan kita, baru semuanya boleh berjalan dengan lancar kan.
Untuk praktikum, i ok je. Walaupun sekolah x lah seseronok yang sebelum ini, tugas kena juga dilaksanakan. Masa latihan drama yang mula2 dulu, i berpraktikum juga. Masa ni lah i rasa betul2 penat. Buat dua kerja dalam satu masa. Mengarah drama dan jugak jadi guru pelatih di sekolah. Kepenatan dan belah bagi fikiran hanya tuhan je yang tahu. Harap2 akan dikenang oleh mereka yang sepatutnya suatu masa kelak. Bukan bermaksud menginginkan balasan. Cuma, janganlah dikutuk cerca kelak2 kalau i ada terbuat salah sikit. Tolong2lah backing i next time as i backing kerja u all before ni k?
Esok, aku nak kena observe bersama (lecturer+guru pembimbing). Maksudnya, dah nak abislah aku punya praktikum. Moga2 aku dapat hasil yang membanggakan. Wish me luck!

20 Mei 2009
Dempep?
Salam sejahtera semua... Em, dia kembali lagi. Dempep, dempep... Kalau kau datang, aku resah gelisah. Tak tentu duduk, tak tentu tidur. Nak tidur pun serba salah, tak tidur pun serba salah. Tapi apa nak buat, dah kau memang akan datang. Aku memang jenis tak berapa minat spesies dempep ni. Nak facing dempep mesti dah ready betul. Tak boleh nak jawab sebarang kalau dia tanya soalan. Kena jawab bagi betul, kalau tidak nahaslah. Mesti ramai yang tengah melayan dempep. Aku ni tak keruan melayan dempep ni. Hari Selasa minggu depan baru dia ni nak balik. Masa tu, barulah boleh hidup bebas, terbang macam burung. Tapi tulah, kalau kita tak buat persiapan awal sebelum dempep datang memang naya lah kita. Dempep, dempep...
Kenapa dempep? Em, dempep... stands for demam peperiksaan... Sedia, bersedia, dan terus bersedialah...
Kenapa dempep? Em, dempep... stands for demam peperiksaan... Sedia, bersedia, dan terus bersedialah...
18 Mei 2009
Sambutan Hari Guru SK Kampung Rembus
Hari ini, seperti jadual yang ada, aku pergi ke sekolah tempat aku berpraktikum semester lepas untuk sambutan Hari Guru. Setelah sekian lama tak ke sekolah tu lepas praktikum, aku rasa kekok sangat. Murid-murid aku sendiri pun aku dah tak kenal dah. Rasa macam tak pernah ke sekolah tu. Berlainan dengan temanku yang sering ke sekolah tu. Kerana kesibukan kerja dan tugas yang aku pikul, aku memang tiada masa yang terlalu senggang untuk sering ke sekolah. Tak hairanlah, murid-murid aku pun dah macam kekok nak bercakap dengan aku. Dahlah malam tadi tidur lewat, pagi tadi bangun awal pulak nak ke sekolah, mana tak ngantuk. Sepastinya, tak ada mood awal-awal pagi. Kesian tengok murid-murid aku yang aku tak layan. Huhuhu...
Paling aku terharu, hari jadi aku pun macam diraikan kat sekolah ni ha. Ada cikgu yang aku panggil Kak Jo menyuap mulut aku dengan kek. Em, terasa macam bebudak la pulak. Hahaha... TQ Kak Jo... TQ banyak. Ada hadiah dari cikgu-cikgu ni untuk birthday aku. Ada yang dibungkus dan boleh muat dalam kocek aku yang orang tak leh nampak. Confidential bah... Hehe... Patutnya, aku yang bagi diorang hadiah. Namun kerana kesengkekan, tak mampu lah. Huhu... Moga kita dapat jumpa lagi.

15 Mei 2009
Muda? Atau sudah tua?
Hari ulangtahun yang ke-22
Hatiku berdebar-debar menantikan hari esok yang akan datang. Tarikh keramat 16 Mei 1987 akan berulangtahun pada esok hari. Genap tahun yang ke-22 aku akan berada di muka bumi Yang Esa ini. Sudah cukup matangkah diri ini untuk bergelar insan yang berusia 22 tahun? Atau, sudah bersediakan diri ini untuk menjadi insan berusia 22 tahun?
Ulangtahun pada tahun ini sememangnya akan berbeza dari yang sudah-sudah. Tahun ini, menyambut sendirian, tanpa insan tersayang di sisi. Tiada lagi ucap selamat yang mesra dari kedua-dua arwah ibu bapa SP pada tahun ini. Semuanya tiada. Apa yang dapat SP lakukan pada ulangtahun pada kali ini, ceriakan diri dan jaga kesihatan je. Exam tak lama lagi akan menjelang.
Apa yang diharapkan, ulangtahun kali ini akan ada serinya walaupun tanpa insan-insan yang amat disayang di sisi. Itulah kehidupan namanya, sekejap meriah, sekejap tidak.

14 Mei 2009
Pakar/Kepakaran
Profesional dan tahap profesionalisme
Bukan mudah untuk bergelar sebagai seorang yang profesional kerana ruang lingkup makna kata ini cukup tinggi dan besar. Andai bukan dari kalangan yang sebegini, jangan mudah-mudah menggelarkan diri sebagai profesional. Itu pesan dan amanat moyang SP sebelum dia pergi.. (Hehe) Tak lama lagi cuti semester akan menjelang. Namun, beban yang perlu dipikul sebelum berehat sakan perlu sentiasa diingat, iaitu peperiksaan akhir semester. Berat tu. Jangan diperlekehkan semata. Moga-moga SP dapat berdepan ujian ini dengan lancar dan mudah. Amiin...
Kepakaran pada hakikatnya tidak dapat dinilaikan dengan hanya berpandukan kepada sekeping sijil yang belum tentu lagi kesahihannya. Sijil bukan memberikan makna yang benar pada SP. Umpamanya, mempunyai sijil sebagai pemancing yang hebat. Baik, SP terima sebagai ada sijil. Tapi, kalau SP belum pernah melihat orang yang mempunyai sijil sebagai pemancing hebat itu tadi memancing dan memancing dengan hebat, sepastinya SP ragu-ragu. Betul tak? Dalam hidup ni, banyak benda perlu dibuktikan terlebih dahulu untuk memberikan kepercayaan kepada orang lain. Manusia ini memang bijak sebenarnya, bukan mudah untuk dikaburi dengan kata-kata tahap tinggi ('lawa' atau 'loba' bak kata orang Sarawak). Takkan berjaya nanti.
Aie... Kenapa pulak tiba-tiba bercakap pasal memancing ni? Padahal SP tak minat langsung memancing. Entahlah, kebelakangan ini, SP sering bertemu dengan golongan yang tak berapa mengerti erti profesional dan kepakaran.
Bukan mudah untuk menjadi yang pakar atau profesional. Kerja berat perlu dilakukan. Bukan boleh dilakukan hanya dengan menggerakkan bibir yang manis, tapi tangan, kaki dan seluruh anggota badan perlu digerakkan agar nampak hasilnya.
Ada pepatah yang menyatakan, kepimpinan yang terbaik adalah melalui teladan. Tapi andai pemimpin cuma bijak menggerakkan mulut, tapi tangan, kaki dan anggota badan yang lain kaku dan kelu, sepastinya akan menjadi ikutan orang-orang bawahan. Mana tidaknya, kepimpinan terbaik adalah melalui teladan. Fikir-fikirkan...
Tidak pernah dilupakan
Bertemu teman
Sekian lama juga tidak bersua muka dengan teman rapat SP yang menuntut di IPGM KSM. Sebelum berangkat pulang, SP berkesempatan berborak sakan dengan rakan yang satu ini. Tidak pernah renggang hubungan yang telah dijalinkan sekian lama. Inilah teman yang kita perlukan dalam hidup ini. Walau berjauhan, jarang berhubungan, tapi jalinan rakan tetap ampuh seperti ikan, walaupun berendam di dalam air masin, masih tawar jua rasanya.
Kembali lagi
Penangan Sang Pemikir datang lagi
Salam semua. Sekian lama tidak mencoretkan apa-apa di dalam laman Sang Pemikir (SP) ini. Bukan kerana enggan, tapi kekangan masa yang tidak dapat dielakkan menghalang SP menghantar coretan untuk renungan bersama. Jangan gusar, usah resah, usah gelisah, Sang Pemikir ini akan kembali aktif untuk tatapan diri dan yang sudi.
Sang Pemikir baru sahaja kembali dari Kursus Kepimpinan JPP 2009 di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri Sarawak. Kenangan yang cukup indah. Kursus selama 3 hari 2 malam ini cukup bermakna buat diri SP. Alangkah bahagianya terasa tatkala melihat tahap JPP dari kampus SP, yang mana di bawah kendalian SP sendiri mempunyai standard tersendiri yang boleh dibanggakan. Mungkin inilah hikmah di sebalik kerja yang dilakukan secara proaktif dan sistematik. Moga-moga dapat diteruskan sampai bila-bila.
Kepada rakan-rakan perwakilan JPP dari kampus-kampus lain dalam Zon Sarawak, kalian sungguh hebat dan baik. Memberikan kerjasama yang sepatutnya sepanjang kursus ini dijalankan. Muka bersua muka, tangan berjabat tangan, kasih berjalin kasih, ikatan teman terikat rapi. Mudah-mudahan akan berterusan sampai bila-bila.
08 Mac 2009
KEPADA TEAM KELAB SEPERDU
Perjalanan memenatkan
Sang Pemikir baru balik dari kampung (Kampung Sekerang Igan - sebuah kampung yang terletak di daerah Matu di dalam bahagian Mukah). Perjalanan pergi dan pulang amat memenatkan.
Pergi ke Mukah naik bas pada Jumaat, 6 Mac 2009, jam 10.00 malam; tiba di Mukah jam 9.00 pagi; berangkat ke Igan jam 11.30 pagi, tiba di Igan jam 12 tengahari.
Balik ke Kuching naik bot ekspres. Berangkat dari Igan naik speed bot, hari Ahad, 8 Mac 2009, jam 6.30 pagi; tiba di Sibu jam 9.30 pagi; berangkat dari Sibu ke Kuching naik bot ekspres jam 11.00 pagi; tiba di Kuching jam 4.30 petang.
Berada di Igan kurang satu hari, tapi perjalanan balik ke Igan hampir memakan masa satu hari. Memenatkan sungguh. Namun, atas dasar tanggungjawab yang ingin dilangsaikan di Igan, terpaksa jua pulang. Pada masa yang sama, dapat jua melawat dan melihat2 keadaan rumah yang sudah lama ditinggalkan tanpa berpenghuni. Kerinduan terhadap rumah belum sempat dilunaskan, namun terpaksa pulang awal ke IPG atas urusan yang lain pula.
Kehidupan sememangnya penuh kesibukan. Andai gagal menguruskannya, yang dikendong jatuh, yang dikejar berciciran. Tatkala sibuk, terkenang saat sunyi tanpa sebarang pekerjaan. Namun pabila sunyi, senantiasa menginginkan kesibukan. Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada...

Labels:
Buat teman,
Fikir,
Imbasan,
Keluarga,
Melihat kefanatikan manusia
Langgan:
Catatan (Atom)