Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

18 Mei 2009

Sambutan Hari Guru SK Kampung Rembus

Hari ini, seperti jadual yang ada, aku pergi ke sekolah tempat aku berpraktikum semester lepas untuk sambutan Hari Guru. Setelah sekian lama tak ke sekolah tu lepas praktikum, aku rasa kekok sangat. Murid-murid aku sendiri pun aku dah tak kenal dah. Rasa macam tak pernah ke sekolah tu. Berlainan dengan temanku yang sering ke sekolah tu. Kerana kesibukan kerja dan tugas yang aku pikul, aku memang tiada masa yang terlalu senggang untuk sering ke sekolah. Tak hairanlah, murid-murid aku pun dah macam kekok nak bercakap dengan aku. Dahlah malam tadi tidur lewat, pagi tadi bangun awal pulak nak ke sekolah, mana tak ngantuk. Sepastinya, tak ada mood awal-awal pagi. Kesian tengok murid-murid aku yang aku tak layan. Huhuhu...

Paling aku terharu, hari jadi aku pun macam diraikan kat sekolah ni ha. Ada cikgu yang aku panggil Kak Jo menyuap mulut aku dengan kek. Em, terasa macam bebudak la pulak. Hahaha... TQ Kak Jo... TQ banyak. Ada hadiah dari cikgu-cikgu ni untuk birthday aku. Ada yang dibungkus dan boleh muat dalam kocek aku yang orang tak leh nampak. Confidential bah... Hehe... Patutnya, aku yang bagi diorang hadiah. Namun kerana kesengkekan, tak mampu lah. Huhu... Moga kita dapat jumpa lagi.

Tiada ulasan: