Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

07 Julai 2010

"Positif" mengulit kesyukuran

Selasa (6 Julai 2010): Hari ini saya berasa cukup gembira dan bertubi-tubi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi. Rentetan daripada post yang lepas, berkaitan keputusan kepada proposal yang dikemukan oleh peguam bela tertuduh, jawapannya adalah POSITIF!, ya POSITIF. Ini bermakna kes selesai bak kata Deputy Public Prosecutor (DPP) yang mengendalikan kes ini. Justeru, Khamis ini tidak perlu pergi ke Sibu sekali lagi untuk menyambung sesi trial. Lega. Doa dan ketahanan mental memberikan kekuatan kepada diri ini walaupun pada saya hukuman tidak setimpal dengan apa yang pernah saya alami untuk Seksyen 394 ini. Selebihnya, biarlah Dia yang membalasnya. Kepada DPP yang bertungkus lumus untuk kes ini, sekalung penghargaan dan ucapan berbanyak-banyak terima kasih saya hadiahkan. Terima kasih.

04 Julai 2010

Reduction of... what? Janji SELESAI

Hujung minggu ini cukup memenatkan saya. Fuhh...!

Jumaat: MH2256 Kuching - Sibu at 1600 hrs
Sabtu: MH3697 Sibu - Kuching at 2005 hrs

Sambungan untuk perbicaraan yang masih lagi belum selesai. Disebabkan kes yang direkodkan pada tahun 2007, yang mana melibatkan saya selaku saksi utama (pengadu), Mahkamah Sesyen Sibu dibuka untuk tujuan perbicaraan.

Perbicaraan ditangguhkan lagi sementara menunggu proposal oleh peguam bela tertuduh untuk memohon reduction of the section daripada Seksyen 394 Kanun Keseksaan (maksimum penjara 20 tahun) kepada seksyen yang lebih ringan (maksimum penjara 7 tahun). Di atas desakan waktu pembelajaran, saya berharap proposal ini akan diterima dan kes boleh selesai, dengan syarat apabila proposal telah diluluskan, tertuduh akan mengaku bersalah. Andai negatif jawapannya, maka perbicaraan akan disambung semula dengan seksyen yang asal pada hari Khamis depan (8 Julai 2010). Dengan demikian, maka akan keluar dari sekolah dengan kebenaran khas lagilah saya nanti. Bukankan ini cukup merimaskan kelancaran pembelajaran saya. Saya berdoa, selesailah segera dengan diterima proposal itu walaupun pada saya hukuman yang akan diterima tertuduh mungkin tidak setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Janji, kes selesai! Doakan juga ya...

22 Mei 2010

Guru dan lesen perguruan?

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia...

Sejenak saya terfikir apabila berita mengenai lesen perguruan ditimbulkan di dalam akhbar Utusan edisi 22 Mei 2010, "Tiada cadangan laksana lesen perguruan". Apabila ada segelintir pemikir yang berharap agar profesion guru ini perlu diberikan taraf kelayakan sebagai seorang guru dan keesahan melalui lesen setanding dengan doktor, peguam dan profesionalis yang lain, saya merasa cukup tersentuh dah rasa bangga dengan mereka. Cadangan daripada insan-insan yang mengagungkan profesion keguruan ini sememangnya tidak harus dipandang enteng dan diperlekehkan semata-mata. Pada saya, guru dan bidang keguruan merupakan modal utama negara ini untuk menjejak dan merangkul idaman seantero negara, yakni mewujudkan negara membangun mengikut acuan sendiri, seperti mana yang terpatri dalam Wawasan 2020 yang disediakan pemikir hebat negara, mantan PM ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Jumaat lepas, sambutan Hari Guru 2010 peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak telah dilancarkan. Satu sambutan yang saya rasa perlu dilaksanakan dalam suasana yang paling meriah berbanding apa-apa sambutan lain yang diadakan di dalam sesebuah IPG. Andaikata seorang guru tidak memberikan makna yang memberi kesan yang dalam pada hari keraianny, iaitu Hari Guru, apalagi insan-insan yang lain. Sedikit rasa bangga terbit dalam diri saya apabila ada mulut-mulut yang menyebut tentang sambutan Hari Guru 2009, yang mana sayaterlibat secara langsung. Pujian dan ingatan mereka terhadap sambutan lepas menunjukkan betapa sambutan berkenaan memberikan impak kepada mereka, mungkin impak yang cukup maksima. Walaupun di dalam suasana yang ringkas, namun kemeriahan cukup terasa. Dan dalam keadaan yang demikian, penghargaan terhadap seorang guru telah diberi penekanan yang sewajarnya. Kepada yang menyertai sambutan 2009, pasti akan terkenang-kenang dengan gimik pelancaran majlis tersebut. Klip video, kek, pinggan bertulisan, "Kau Ilhamku", jamuan dan banyak lagi. Kos rendah, tapi harus diingat, kualiti harus memenangi hati yang menyertai. Kesimpulannya, andai rambut belum cukup beruban, jangan sembunyikan diri daripada yang sudah jelas ubannya...

"Tahniah. 'Siapa aku tanpa dirimu' memang best. Bravo bro!" (Ike Sepuyu)
"asriiiiiiii...bez tdik aie...dhla kmk suka dgr certain part nk kmk pdh riya..triple thumbs up laaaa..;)" (Beat)
Demikian, komen-komen yang cukup memberangsangkan daripada para penonton semasa persembahan kumpulan Seperdu semasa sambutan Harii Guru 2010. Mungkin seri majlis tersebut terletak pada persembahan ini. Bukan hendak mengisi bakul saya sendiri, tapi ingin diulang semula prinsip sesuatu adegan persembahan, mesti ringkas, menarik dan terpenting sekali memberi kesan pada diri yang menyaksikan adegan tersebut. Apa-apa pun, terima kasih di atas perhatian semua. Kepuasan memang saya rasakan bila mana karya yang tak seberapa saya, "Siapa aku tanpa dirimu", telah dibacakan di hadapan segenap khalayak dan saya sendiri dapat melihat sebahagian khalayak yang teruja dengan karya yang tak seberapa ini. Konklusi, misi tercapai!

Akhir kata, 'siapa aku tanpa dirimu', wahai guruku...

19 Mei 2010

Hibernat

Sekali lagi bersua... Hari ini, saya rasa telah membuang banyak masa terluang di atas keempukan tilam. Benar kata-kata, 'bila bulu bertemu bulu, enak rasanya'; yakni tidur. Masa beradu dalam lingkungan masa 6 jam di kala panas mentari, sebenarnya cukup memenatkan.

Beruang cukup sinonim dengan kata 'hibernat', iaitu perbuatan merehatkan diri atau tidur yg dilakukan oleh sesetengah haiwan sebagai cara utk menghadapi musim sejuk (Kamus Dewan, 2004). Namun, terlibatkan saya dalam perbuatan ini kerana, ketika ini musim panas, lagipun tiada musim dingin di negara ini. Kelaparan sememangnya boleh mengatasi keenakan manusia. Kelaparan mengganggu 'hibernat' saya pada hari ini. Setelah bersiap dan menikmati hidangan, rehat yang cukup diperlukan. Tanpa melengahkan masa, kaca TV peneman setia dicari. Sofa empuk dilanyak. Rehatlah secukupnya selagi berpeluang.

Ketika berehat-rehat, terbaca lagi keratan artikel 'Enam pelajar digantung sekolah kerana majlis hari jadi' (Utusan Malaysia, 19 Mei 2010). Apa hendak jadi dengan pemikiran kita sekarang... Meraikan dan menggembirakan orang lain pun turut menjadi kesalahan. Bukan mudah untuk membuatkan orang gembira. Walaupun mendapat tindakan yang difikirkan kurang wajar, tidaklah menjadi suatu kerisauan sangat adik-adikku (pelajar yang terlibat) kerana kalian telah berusaha menggembirakan teman kalian. Dan saya percaya, teman anda merasa dihargai dan digembirakan oleh kalian. Saya juga percaya, hidup akan menjadi lebih bermakna jika kita tidak menjadikan kata-kata nista orang lain penghalang kepada niat baik yang kita ingin laksanakan. Umpama kudis dan kurap yang boleh diubati dengan krim scabicides. Sama-sama kita fikirkan.


18 Mei 2010

Diaktifkan semula

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

  1. Pertama dan selamanya, syukur ke hadrat-Nya kerana masih lagi dihidupkan di dunia yang penuh dengan keindahan ini. Sekian lama menyepi tanpa berita - bukan kerana ketandusan ide, tapi langkah pencegahan daripada timbul perkara-perkara yang tidak menyenangkan akal fikir diri dan orang lain.
  2. Hari ini, usiaku genap 23 tahun 2 hari. Ulangtahun kelahiran baru sahaja dikongsikan bersama insan2 istimewa dalam hidup seorang pengembara solo yang berkelana di Serian. Sekitar suasana ulangtahun boleh disaksi bersama mengikut pautan Birthday 2010. Moga terus dipanjangkan usia oleh-Nya dan diberkati selalu.
  3. Sebagai mengakhiri, dikongsikan bersama puisi coretan sempena hari guru untuk tatapan umum dan penghayatan bersama.
Siapa aku tanpa dirimu (Prof. Asri, 13 Mei 2009, Serian)

Ku teringat kata pujangga
dan benar aku sendiri percaya
tidak akan ku kenal nikmat hidup berilmu
tanpa hadir seorang guru.

16 Mei berlalu sudah
tarikh keraian seorang guru
di kala 16 Mei bertandang sahajakah perlu ku kenang seorang guru?
di kala 16 Mei bertandang sahajakah perlu ku ingat peri penting seorang guru?
di kala 16 Mei bertandang sahajakah perlu ku julang jasa seorang guru?
di kala 16 Mei bertandang sahajakah baru ku ucap ‘Terima kasih cikgu, jasamu ku kenang’?

Jasa guru tiada pernah noktahnya
bermula tatkala ku kenal A B C, 1 2 3
hingga ku bisa menggalas segulung ijazah.

Aku berjanji pada diriku
akan ku rendahkan diriku
pada martabat seorang guru
waima ijazahku bergulung-gulung
waima namaku ditabik dengan doktor mahupun profesor
akan ku tetap agung puja
jasa seorang guru
yang pernah mendidik ajarku
walaupun namanya diselit kata ‘cikgu’ Cuma.

Guruku
sedetik wajahmu muncul dalam diam
bukan hanya di kala 16 Mei bertandang
sentiasa ada kerdipan
sentiasa ada sinar
terima kasih aku ucapkan
siapa aku tanpa dirimu.

14 Mei 2009

Kembali lagi

Penangan Sang Pemikir datang lagi

Salam semua. Sekian lama tidak mencoretkan apa-apa di dalam laman Sang Pemikir (SP) ini. Bukan kerana enggan, tapi kekangan masa yang tidak dapat dielakkan menghalang SP menghantar coretan untuk renungan bersama. Jangan gusar, usah resah, usah gelisah, Sang Pemikir ini akan kembali aktif untuk tatapan diri dan yang sudi.

Sang Pemikir baru sahaja kembali dari Kursus Kepimpinan JPP 2009 di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri Sarawak. Kenangan yang cukup indah. Kursus selama 3 hari 2 malam ini cukup bermakna buat diri SP. Alangkah bahagianya terasa tatkala melihat tahap JPP dari kampus SP, yang mana di bawah kendalian SP sendiri mempunyai standard tersendiri yang boleh dibanggakan. Mungkin inilah hikmah di sebalik kerja yang dilakukan secara proaktif dan sistematik. Moga-moga dapat diteruskan sampai bila-bila.

Kepada rakan-rakan perwakilan JPP dari kampus-kampus lain dalam Zon Sarawak, kalian sungguh hebat dan baik. Memberikan kerjasama yang sepatutnya sepanjang kursus ini dijalankan. Muka bersua muka, tangan berjabat tangan, kasih berjalin kasih, ikatan teman terikat rapi. Mudah-mudahan akan berterusan sampai bila-bila.

06 Mac 2009

Selamat Ulangtahun temanku

5 Mac 2009, ulangtahun kelahiran teman baikku, N. Moga panjang umur murah rezeki. Seharian aku meluangkan masa keluar meraikan ulangtahunnya, walaupun badanku penat setelah beberapa hari memerah otak untuk Malam Mengenang Yang Telah Pergi, atas tujuan menghiburkan hati temanku yang tengah bermuram durja. Moga-moga cepat sembuh luka di hati. Hehe...

Malam nanti aku akan berangkat balik ke Igan, melawat rumah dan mengambil barang dari kampung. Tak sabar nak tengok rumah, tapi berdebar2 jugak sebab nak balik seorang diri. May God Bless me...

Ada lawatan pergi ke Stadium Negeri pagi ni nanti. Moga berjaya dan licin perjalanannya.

Words of the day:
Hidup umpama rambut, sekejap panjang sekejap pendek, sekejap segak sekejap nampak hodoh. Hidup, sekejap indah sekejap muram...

04 Mac 2009

Menyengat

Tak sabar rasanya menunggu sengatan Seperdu, nama kelab yang tengah diusahakan untuk mendapat pengiktirafan sah oleh pentadbiran. Telah dipersetujui di peringkat Jabatan, menunggu masa disahkan yang terbabit sahaja lagi.

Bermacam-macam ide timbul untuk aktiviti yang akan dijalankan. Tapi Sang Pemikir masih dalam rencana menerbitkan Malam Mengenang Yang Telah Pergi. Suatu malam yang akan membolehkan hati-hati insan sepi yang sunyi dipertontonkan untuk renungan dan peringatan bersama. Syukur, proses perencanaan mendapat sokongan dari yang sepatutnya menyokong. Tema kesedihan dan titisan air mata akan mendahului rencana Seperdu.

Ingat, sesiapa yang belum pernah merasai rasa sedih, tidak akan pernah menikmati rasa gembira dengan sebenar-benarnya. Terkadang kita lupa perasaan mereka yang sering bersedih lantaran kegembiraan yang tidak pernah lekang dari sisi kita.

28 Januari 2009

Kaya Seketika: Beli belah sakan

  1. 22 Januari 2009, aku menerima kekayaan seketika. Aku dan rakan-rakan sekelas, meluangkan masa menghantar sorang teman yang akan menyambut CNY ke airport.
  2. Sambil itu, duit terus mengalir seperti air. Hari ini, aku mengambil peluang untuk merasai keempukan kerusi Starbucks, pusat makanan laut serta mengebaskan kaki berjalan membeli belah. 6 Februari, kemeja dan seluar buatan The Men Shop yang ditempah akan siap. Sakan betul, x beringat kot.
  3. 24 Januari 2009, beli belah sekali lagi. Ke butik Body Glove. Memang menebus kebosanan yang aku tanggung pada cuti yang lepas. X ape, biar duit langsai, asalkan hati puas dan tenang. Kalau sudah langsai, pandai2 lah duduk diam.

09 Januari 2009

Selamat jua...

Syukur alhamdulillah, selamat jua usia ku sehingga ke tahun 2009. Bermula lembaran 2009 Sang Pemikir dengan post kali ini. 2008 yang penuh kedukaan, ditinggalkan. Pabila detik 12:01 a.m., 1 Januari 2009, aku menetapkan satu azam baru.
Gembira, dan terus menggembirakan orang lain, kerana menggembirakan akan mengecapi rasa gembira yang lebih daripada rasa gembira itu sendiri.

Sebelum melangkah ke tahun 2009, aku mengalami pengalaman yang amat tidak enak...
Kesunyian tahap melampau, kesedihan tahap tertinggi, keseorang tahap maksima.

Cuti hujung tahun 2008 yang lepas, aku balik ke kampung. Tinggal seorang diri di rumah peninggalan arwah mak dan apak. Sedih, amat sunyi dan berseorang memang menyakitkan, menyakitkan jiwa dan lara. Namun, peluang ini aku gunakan untuk merenung sejenak nasib dan takdir diri. Kesimpulanku mudah, Yang Esa sudah mengaturkan sesuatu yang pastinya perlu aku terima seadanya. Lantaran itu, aku perlu teruskan hidup waima berseorang walau ke mana-mana pun.

Apa yang aku harapkan pada tahun ini, kegembiraan. Andai duka, gembira perlu ada. Andai tidak gembira, perlu terus ujudkan gembira. Tidak kira apa, gembira dan tenangkan hati. Tiap kali selesai kewajipan di tikar solat, aku memohon moga-moga aku ditenangkan hati dan dipermudahkan oleh-Nya dalam segala hal.

20 Januari - Ulangtahun tarikh pemergian arwah apak ke Rahmatullah
30 Januari - Ulangtahun tarikh kelahiran arwah apak

Januari, akan datang setiap tahun, dan sepastinya menghadiahkan rasa sedih kepadaku. Namun, aku perlu tempuh jua.

19 Januari 2009, perbicaraan kes aku di Mahkamah Sesyen Sibu, bagi menuntut keadilan di atas penganiayaan terhadap diriku pada awal 2007.

Ketika perbicaraan kes yang sama pada Mei 2008 lepas aku ditemani ibuku, kini aku keseorangan, tanpa sesiapa. Aku berdoa moga aku terus kuat menghadapinya walaupun tiada lagi mahakarya cintaku yang sudah kembali ke rahmat-Nya.

Aku amat berharap, tiada lagi titis air mataku yang gugur pada tahun ini. Moga-moga azamku tercapai.

Semasa musim percutian lepas, aku terfikir akan sesuatu. Pasti tiada yang merasa sebegitu sunyi sepertiku... Andai ada, aku saja yang tak tahu. Mana tidaknya, pabila mencari teman-teman untuk menemani kesunyian, semuanya senyap sepi. Konklusinya, mana ada orang yang betah menemani kita setiap masa. Setiap orang ada komitmen sendiri. Justeru, belajarlah untuk menghiburkan diri walaupun sendirian. Itulah resam kehidupan. Tiada akan ada yang akan terus setia menemani kita tambahan lagi ketika kita sepi, sunyi dan sedih. Andai gembira dibaurkan keriangan, usah dicari lagi, memang tersedia di depan mata.

Namun, aku tetap bersyukur. Aku selamat jua menghadapi saat kesunyian tahap melampau itu. Syukran ya Rabbi.

Kepada teman-teman yang menemaniku di saat kesunyian itu, terima kasih yang maha banyak buat kalian.

Sang Pemikir akan terus aktif mencurahkan idea-idea untuk difikir dan direnung. Teruskan bersama Sang Pemikir.

Wassalam.

30 Julai 2008

Membantu orang di mana-mana dan bila-bila masa

Bulan sabit merah di malaysia

Giat berjasa untuk negara

Tidak kira kaum dan agama

Waktu aman atau bahaya

Di mana jua adanya sengsara

Di sana ada kita

Di darat dan laut kita bersedia

Walaupun diancam bahaya

Bulan sabit merah gerakan sedunia

Membantu semua yang menderita

Badan sukarela berkhidmat

Dengan tabah dan bersemangat

Demikian bersemangat dan kentalnya jiwa seorang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Akan cuba untuk membantu sesiapa jua yang sedang dalam kesusahan terutamanya kecemasan. Misi utama seorang ahli BSMM ialah untuk memberi pertolongan awal (first aid) kepada orang yang berada dalam kecemasan sebelum pakar perubatan tiba. Dala erti kata yang lebih mudah, ahli BSMM adalah hero di awal cerita, yang memastikan heroin hidup atau tidak dengan kehendak Yang Esa.

Aku sudah menyertai BSMM sebermula usia 13 tahun (tingkatan 1) lagi. Pada peringkat persekolahan rendah, aku seorang ahli tetap Pengakap. Tapi, entah kerana apa, minat kepada Pengakap mulai pudar semasa melangkah ke persekolahan menengah. Mungkin, kerana tiada mendapat manfaat yang diidam2kan dari penglibatan itu. Sebenarnya, semasa usia ku di peringkat anak yang masih dungu, ayah selalu berpesan: "kalau dah besar nanti, jadilah doktor ya nak?" Malang seribu kali malang, aku amat tidak meminati Mata Pelajaran Sains. Aku pun tak tahu kenapa... Membosankan barangkali. Ataupun teori yang sukar untuk aku percaya. Aku sebenarnya sejenis insan yang amat sukar percaya kata-kata manusia yang belum pernah aku temui... Umpamanya, ada teori kata, dalam badan manusia ada berjuta-juta sel, atau ada teori yang lebih spesifik yang katakan dalam badan manusia ada, 899999999999 sel (contoh, aku pun xtau berapa). Macam mana mereka kira eh? Ha, itu yang aku xpat nak caya sgt tu, dan automatis minat pada Sains pudar seperti dicuci Clorox.

Justeru, amat sukarlah aku nak mencapai cita-cita ayah tercinta kalau aku tak minat Sains. Ambil langkah mudah, aku berkecimpung dalam dunia BSMM, sekurang2nya mengetahui sedikit sebanyak perkara berkaitan kedoktoran, walaupun terlalu asas... Bak kata orang, lebih baik ada daripada tak ada langsung.

Apabila aku berkecimpung dalam BSMM, setinggi2 syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi, kerana persatuan yang paling aktif di sekolah aku adalah BSMM. Hehehe... Bertuah Sang Pemikir ni... Huhu... Dan sehingga aku masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) aku masih lagi ahli setia BSMM, dan juga Pengerusi BSMM. Moga2 aku akan beroleh sebanyak mungkin manfaat daripada penglibatan ini untuk kemudahan di kemudian hari.

Hari Sabtu ni, akan diadakan Kursus Asas BSMM kepada semua ahli BSMM IPTAR. Lanjutan perkara seperti berikut:

Tarikh: 2 Ogos 2008 (Sabtu)

Masa: 7.30 am hingga 6.00 pm

Tempat: Dewan Sri Samarahan, IPTAR

Makanan ada disediakan, jangan risau, perut anda takkan kelaparan. Walaupun ada ahli persatuan lain yang dengki melihat aktiviti persatuan kita yang aktif, jangan gusar OK? Hahaha... Moga2 kita akan beroleh manfaat daripada kursus ini.

Cuba bayangkan, apabila kita berada dalam kecemasan yang teramat sangat, dan kita perlu berjumpa dengan doktor, atau pergi ke klinik/hospital, di mana saat itu, ahli keluarga kita sakit dan memerlukan rawatan segera contohnya, tetapi, satu klinik atau hospital pun tak buka. Doktor dan pakar pun tak ada di kawasan itu. Apa yang akan anda buat??? Nangis? Atau...?