Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

14 Mei 2009

Pakar/Kepakaran

Profesional dan tahap profesionalisme

Bukan mudah untuk bergelar sebagai seorang yang profesional kerana ruang lingkup makna kata ini cukup tinggi dan besar. Andai bukan dari kalangan yang sebegini, jangan mudah-mudah menggelarkan diri sebagai profesional. Itu pesan dan amanat moyang SP sebelum dia pergi.. (Hehe) Tak lama lagi cuti semester akan menjelang. Namun, beban yang perlu dipikul sebelum berehat sakan perlu sentiasa diingat, iaitu peperiksaan akhir semester. Berat tu. Jangan diperlekehkan semata. Moga-moga SP dapat berdepan ujian ini dengan lancar dan mudah. Amiin...

Kepakaran pada hakikatnya tidak dapat dinilaikan dengan hanya berpandukan kepada sekeping sijil yang belum tentu lagi kesahihannya. Sijil bukan memberikan makna yang benar pada SP. Umpamanya, mempunyai sijil sebagai pemancing yang hebat. Baik, SP terima sebagai ada sijil. Tapi, kalau SP belum pernah melihat orang yang mempunyai sijil sebagai pemancing hebat itu tadi memancing dan memancing dengan hebat, sepastinya SP ragu-ragu. Betul tak? Dalam hidup ni, banyak benda perlu dibuktikan terlebih dahulu untuk memberikan kepercayaan kepada orang lain. Manusia ini memang bijak sebenarnya, bukan mudah untuk dikaburi dengan kata-kata tahap tinggi ('lawa' atau 'loba' bak kata orang Sarawak). Takkan berjaya nanti.

Aie... Kenapa pulak tiba-tiba bercakap pasal memancing ni? Padahal SP tak minat langsung memancing. Entahlah, kebelakangan ini, SP sering bertemu dengan golongan yang tak berapa mengerti erti profesional dan kepakaran.

Bukan mudah untuk menjadi yang pakar atau profesional. Kerja berat perlu dilakukan. Bukan boleh dilakukan hanya dengan menggerakkan bibir yang manis, tapi tangan, kaki dan seluruh anggota badan perlu digerakkan agar nampak hasilnya.

Ada pepatah yang menyatakan, kepimpinan yang terbaik adalah melalui teladan. Tapi andai pemimpin cuma bijak menggerakkan mulut, tapi tangan, kaki dan anggota badan yang lain kaku dan kelu, sepastinya akan menjadi ikutan orang-orang bawahan. Mana tidaknya, kepimpinan terbaik adalah melalui teladan. Fikir-fikirkan...

2 ulasan:

OSMAN BIN ZAINI berkata...

salam sastera..
moga teman terus berfikir dan luahkan apa yang kita mahukan..
moga kita menjadi pencetus dan pembentuk generasi gemilang mulia kala masa hadapan...

OSMAN BIN ZAINI berkata...

salam..
teruskan berfikir dan bermadah..moga apa yang diluahkan menjadi apa yang dimahukan.. kita dilahirkan untuk berfikir dan luahkannya melalui karya kita.. rajin2la ngabas blog sya..