Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

12 Ogos 2008

Cili Gronong Memang Pedas

Helo... Sang Pemikir berehat buat seketika. Bukan apa, sekarang aku berada di luar kawasan capaian internet, amat sukar untuk menghantar entry terkini. Diharapkan agar semua pembaca Sang Pemikir ni stay cool dan cute... Hehe...

Kalau nak tahu apa itu cili gronong, gambar kat sebelah tu lah cili gronong. Andai tak pernah mencuba, cubalah... Cili ni memang sangat pedas... Selepas dua jam makan cili gronong, kepedasannya masih terasa. Belum lagi gronong yang berwarna hijau, itu lagi pedas... Kita semua berbeza, ada yang suka makan yang pedas, ada pulak yang tak suka. Satu fakta yang sang pemikir pernah baca, semakin kita suka makan benda yang pedas, semakin tinggi risiko kita diserang penyakit buasir, pedas bha itu... Hahahaha...

Mesti pembaca tertanya2 kenapa topik sang pemikir hari ni tiba2 melibatkan akan keujudan cili gronong bukan? Entahlah, mungkin sebab kelmarin sang pemikir makan cili gronong kot. Hehe...
Kelmarin, hari pertama aku menghadiri Pengalaman Berasaskan Sekolah 4 (PBS4). Tanggapan pertama aku apabila menjejakkan kaki ke laman sekolah, aku dapat merasakan keistimewaan sekolah ni. Tanggapan aku memang tepat. Keistimewaan pertama yang dapat aku kesan adalah warganya. Warganya memang peramah dan mengambil kira dengan berat sekali akan kehadiran aku dan teman2 yang amat ingin menimba ilmu berkaitan pedagogi yang betul dalam P&P English. Syukran yang tak terhingga walaupun hari ni baru hari kedua. Seseorang telah bercakap mengenai Syukran dengan baik sekali di awal pagi kelmarin, suatu isu yang sering ditemehkan oleh kita. Syukran atau terima kasih, amat perlu sebenarnya, sesiapa pun akan merasa bangga dan bahagia apabila orang mengucapkan terima kasih kepada dirinya, tanyalah sesiapa saja. Sapa yang tak suka diucapkan dengan kalimah pembawa bahagia itu. Sedangkan kita sukakan kalimah itu, justeru apa lah salahnya kita mengucapkan berbanyak2 kalimah syukur kepada Pencipta kita Yang Maha Agung. Dari awal kelahiran kita, kita telah menerima jasa yang tak terhingga. Atas kewujudan kita, perlu kita ucapkan hamdallah, atas kesempurnaan tubuh badan kita, kita perlu ucapkan hamdallah, atas kasih sayang yang kita terima, kita perlu ucapkan hamdallah, atas keindahan alam ini kita perlu ucapkan hamdallah, terlalu banyak atas, atas, atas, atas,... (hamdallah - bahasa arab, yang bermasud 'terima kasih Allah')

Andai kita menerima pertolongan daripada orang lain, adakah kita mengucpkan terima kasih atau syukran kepadanya? Lebih2 lagi kalau pertolongan itu kita yang minta. Ada ka tidak kita cakapkan terima kasih? Itu adalah atas kesedaran kita sendiri. Andai kita seorang yang senantiasa bersyukur dan menghargai orang lain, memang ucap terima kasih senantiasa bermain di bibir kita. Bukan susah, 2 patah perkataan je. Kalau orang susah2 kerana kita, janganlah lokek untuk melafazkan terima kasih. Jangan pula apabila orang dah merasakan tidak senang dengan sikap kita yang amat sukar untuk berterima kasih dan mula melafazkan rasa tidak senang hati itu, baru hendak mengucapkan terima kasih, bukan terima kasih ikhlas, tapi terima kasih menunjukkan rasa tak puas hati lantaran sudah dicaci cerca... Em, memang banyak sangatlah perangai manusia... Tapi, tak mengapa, kurang2, caci cerca akan menyedarkan manusia. Kerana kita adalah manusia, caci cerca berguna juga sebenarnya? Kenapa? Kerana, kita tak sukakan tazkirah (bahasa arab, bermaksud peringatan) yang berjela2 bukan? Jadi, caci cerca ini pun satu medium untuk bertazkirah. walaupun kurang enak didengar, kita berpeluang juga untuk memberi peringatan sesama manusia. Ada betul ka? Heheh... Lu pikiq lah sendiri...

Cili gronong? Em, kelmarin aku mendapat SMS daripada seorang pembaca Sang Pemikir ni. Dia tak puas hati ngan aku. Dia cakap, aku sudah mengatakan dia sebagai 'idiot' di dalam laman ini. Tapi, apabila aku mengimbas semula laman aku ni, takda satu kata idiot pun dijumpai. Lagi pula, tak pernah pula aku menujukan entry2 di dalam laman ini kepada sesiapa.

Aku membuka laman ini untuk ruang fikir diri berdasarkan rentak kehidupan aku dan rakan2 manusia yang lain, bukan ditujukan khas kepada sesiapa. Mungkin orang yang menghantar SMS itu makan cili gronong, dan terasa masih pedas barangkali. Em, ambil air susu, minumlah... Air susu boleh mengurangkan rasa pedas tu... Jangan main hentam je... Nanti kena hentam jugak, sang pemikir ni outspoken... Heheh... Kalau sang pemikir ada state nama sesiapa dalam laman ni, dipersilakan ambil tindakan... Tapi, kalau takda, dan terasa pulak, makan cili gronong lah tu... Cepat2 minum air susu tau! ;-P~~~

Stay cute... da...

6 ulasan:

awien berkata...

salamzz.....sang pemikir...
cili gronong? pelik namany... nampak mcm pedas....
aku memang tsgt la suka mkn pedas..tp kalo pedas yg mlampau..xla thn perut aku...tp xpenah gak aku tau yg minum susu dpt ilang pedas...trimaks pd sang pemikir...aku akn try praktikn....

aNak GenTa berkata...

em... memang pedas gronong tu. boleh cari dan cubalah rasa. huhuhu... em, baru tahu kah pedas boleh diatasi dengan minum minuman berasaskan susu? awien, faham ke isi post kali ni? isi yang tersirat...

nosaer berkata...

sapa yang makan cili, dia la rasa pedasnya... fuh!!!
kalau dah kenyataan, kenapa tak diperbaiki kelemahan yang ada??? hehe
itulah manusia...
kadang2 kita tak perasan benda yg kita buat ni x betol. hmmmm...

aNak GenTa berkata...

hai nosaer.. memang itulah manusia... melenting bila mana makan cili yang pedas... tolong bagi 'dia' air... hehehe

blind_minx berkata...

hiii,,,lawak juga nama cili gronong tu eh,,,ahha cili biasa lagi aku tak mkan...apa lagi cili nama yang pelik2...matai alak megew eh,,,
haha memg org yang suka mkn pedas alak mudah dihampiri buasir,,,jgn la kita...mendekatkan diri kepada penyakit buasir,,,kerana penyakit itu amat memalukan...jadi,, KEPADA SESIAPA YANG SUKA MAKAN PEDAS,INGATLA DENGAN PAK BUASIR,,,

aNak GenTa berkata...

pedas cili gronong tu u... nak guna pulem memang sgt bgs eh....

kak bak pak buasir... mupokan kamu ni....