Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

27 Ogos 2008

Bahu mana yang sudi...?

Salam... Lama sudah aku tidak mencoretkan sesuatu di dalam Sang Pemikir. Bukan kerana sudah lenguh berfikir, tapi lantaran keterbatasan waktu dan tanggungjawab mengatasi keinginan menulis. Sebenarnya, terlampau banyak yang ingin aku luahkan agar rasa keruh yang mengalir boleh dicernatukarkan menjadi perasaan jernih yang membahagiakan.

Mauduk bicara aku kali ini sebenarnya luahan ikhlas dan luhur dari hati kecil ini. Hakikatnya, aku sudah terlalu letih, penat sangat... Keringat yang sudah berlimpah-limpah sebenarnya menyamai betapa banyak air mata yang ingin dijuraikan. Andai aku katakan bahawa aku sudah terlalu letih, pasti tiada siapa yang akan mengerti, dan sepastinya mereka akan mengatakan bahawa mereka juga letih. Lantaran itu, aku katakan: bahu mana yang sudi menyelami rasa letih dalam diri kita?

Cuti pertengahan semester sudah berlalu. Seminggu lamanya. Tapi, aku rasakan tiada makna tempoh senggang itu. Waktu cuti yang sepatutnya aku luangkan di kampung yang amat kurindui, terpaksa dihabiskan di Kuching sahaja. Aku perlu menemani ibuku membuat pemeriksaan susulan selepas pembedahan tumor otaknya pada cuti bulan 5 yang sudah. Dan, kesedihan sekali lagi menimpa. Doktor telah mendapati tumornya sebagai sejenis kanser......................... Bahu mana yang sudi mengambil alih kesedihan aku? Tolonglah... Aku terlampau penat......................................

Aku adalah anak kelima daripada enam adik beradik. Yang boleh menemani ibu cuma aku dan adikku yang bongsu. Abang kakakku semuanya berada jauh di luar kawasan atas sebab tugas dan kerja. Jadi, yang perlu bantu urus ibu hanya aku dan adikku. Apabila mendapat tahu hasil diagnosis tumor ibu, aku harus tabahkan hati juga kerana aku yang paling diharapkan ketika itu. Andai aku menangis, mampukah adik dan ibuku menguatkan semangat mereka? Jadi, aku kuatkan diri dan buat-buat kuat hati....................................... Bahu mana yang sudi tidak bersedih hati bila mendengar petaka menimpa orang yang disayang? Mujur, ibu dan adik perempuanku itu dapat menerima keputusan itu dengan tabah, tapi di dalam hati entah siapa yang tahu...?

Kelmarin, aku nekad untuk tidak hadir kelas. Aku perlu bantu urus ibu ke hospital untuk perancangan proses radioterapi yang dijadualkan bermula pada hari ini. Berangkat dari rumah bapa saudaraku, hatiku sudah berasa terlalu hiba. Atas kekangan kerja, bapa saudaraku tidak dapat menghantar kami ke hospital. Aku rundingkan dengan bapa saudaraku agar carikan van sewa untuk menghantar kami ke hospital. Awal juga aku gerakkan adik dan ibuku untuk bersiap-siap. Selepas pembedahan, sebelah badan ibuku kelihatan membengkak, dan sepastinya ini menyukarkan pergerakannya yang mempunyai tubuh yang agak berisi. Apabila van tiba, hati aku betul-betul menjerit... "Ya Allah, cukup besar dugaan-Mu... Alhamdulillah..." Van yang datang bukanlah seperti yang kubayangkan, keadaannya sudah uzur, tinggi pula. Bukan mudah hendak mengangkat tubuh ibu naik. Van bukan seperti kereta, kan? Memang sangat susah. Apa boleh buat, hendak atau tidak mesti juga naik kerana temu janji sudah dibuat di hospital. Bayangkan, apa cara untuk mengangkat tubuh ibuku yang seberat 74kg naik ke atas van, dan dia tidak pula mampu untuk mengangkat dirinya sendiri atas kekangan tubuhnya yang membengkak sebelah... Aku buntu seketika... Tapi, melihatkan muka ibu yang sudah penat berdiri dan muka adikku yang mengharapkan aku, aku mesti cari jalan juga. Pintu masuk van agak jauh dari tempat duduknya, bukan seperti kereta. Jadi, aku terpaksa letakkan paha aku sebagai penyambung kerusi dan merapatkan lagi jarak tempat duduk ke pintu. Bayangkan, tubuh aku kurus ditimpa beban seberat 74kg... Tempoh mengengsot tubuh ibu ke kerusi van bukan sekejap... Aku sangat letih dan sakit ketika itu. Tapi, aku sayangkan ibu dan adikku, aku mesti tahan juga... Akhirnya, ibu berjaya duduk di kerusi van itu. Sepanjang van bergerak ke hospital, aku berkenang... Alangkah mudahnya andai aku memiliki kereta sendiri... Alangkah mudahnya andai ada adik beradikku yang lain bersama aku dan adikku. Mujur aku ada bersama adik dan ibuku ketika itu. Andai tiada, mampukah adikku mengangkat ibuku naik? Ya Allah... Syukur... Dan ketika itu juga, aku terfikir, bahu mana yang sudi membantu aku ketika itu? Entah ada, entahkan tidak. Air mata sudah bergenang, tapi kutahan, aku mesti kuat di depan ibu dan adikku... Setibanya di hospital, sekali lagi pahaku menjadi kerusi tambah untuk mengengsotkan tubuh ibu keluar dari van... Sakit, teramat sakit....................... Entah siapa yang mengerti... Kemudian, aku bergegas ke dalam hospital untuk mendapatkan kerusi roda untuk mempercepatkan pergerakan ibu... Sekali lagi, terima kasih Ya Allah... Tiada kerusi roda kosong, semuanya sudah digunakan pesakit lain. Hati aku ketika itu, entah siapa yang mengerti... Aku katakan kepada ibu, "Mak, kita sama-sama jalan slow-slow k. Kerusi roda dah habis mak........" Air mata mahu turun, aku tahan lagi. Melihatkan muka ibu yang sudah penat berdiri, hati mana tak sedih? Terpaksa aku dan adikku memapah ibu perlahan-lahan masuk ke kawasan temujanji di Unit Radioterapi. Agak jauh, dan sepanjang perjalanan, aku menipu ibu, "Mak, sikit je lagi mak, sikit je. Tahan k?" Dan ketika itu aku sempat berfikir: alangkah mudahnya kalau ada kerusi roda sendiri ketika itu................................................................... Mana mungkin aku boleh bersama-sama ibu dan adikku ke hospital setiap hari untuk rawatan radioterapi. Aku ada tugas juga, iaitu belajar. Jadi, aku fikir lebih elok aku masukkan ibu ke wad untuk memudahkan pergerakannya ke tempat rawatan. Justeru, aku berurusan dengan pegawai di hospital untuk menempatkan ibu. Syukur setinggi-tinggi syukur, ada katil kosong. Sebelum menempatkan pesakit, perlu book bed terlebih dahulu. Urusan yang banyak prosedur sememangnya meletihkan... Aku menghantar ibu dan adikku ke Female Radiotherapy Unit Ward yang berada di penghujung habis Hospital Umum Kuching sebelum aku bergegas ke bahagian pendaftaran masuk wad di pintu masuk hospital - perjalanan yang sangat-sangat jauh... Ketika aku berjalan jauh itu, hati aku sempat berdetik: penatnya kaki aku, penat sangat, alangkah mudah ada orang bersama-sama aku menguruskan perkara yang terlampau banyak ini... Akhirnya, urusan pendaftaran selesai juga... Tugas aku seterusnya, membeli perkakas dan keperluan ibu dan adikku yang akan tinggal di hospital sepanjang rawatan itu nanti. Aku sekali lagi akan uruskan sendirian kerana mana mungkin membiarkan ibuku sendirian...

Aku guna bas dari hospital ke pasar Kuching, kemudian guna van pergi ke Satok. Beli barang2 di situ. Memang terlampau banyak barang yang perlu dibeli kerana barang2 kegunaan di hospital yang digunakan sebelum ini semuanya ada di Sarikei. Setelah siap membeli, aku terfikir, mana mampu aku menjinjing semua barang2 yang aku beli ini di dalam bas atau van. Justeru, aku hubungi bapa saudaraku untuk mengambil aku di Satok kerana aku perlu pulang ke rumah untuk mengambil barang pakai ibu dan adikku di rumah. Walaupun sedang bertugas, bapa saudaraku keluar juga. Sesampai di rumah, aku terus mengemaskan barang2 ibu dan adikku seperti seekor lipas kudung, memang cepat. Ketika terduduk mengemas itu, baru aku sedar yang aku belum makan dari pagi tadi. Kedua-dua kakiku sudah mulai bergegar. Aku pergi ke dapur dan makan apa yang ada. Setelah makan, aku dan bapa saudaraku membawa barang2 yang aku beli tadi dan barang2 ibu dan adikku ke hospital, memang tersangat banyak... Sampai di hospital, aku cuba menunjukkan muka segarku kepada ibu dan adikku walaupun ketika itu tenaga aku macam dah di peringkat rendah sangat. Ibu ceria melihatkan barang2 keperluan sudah tersedia. Aku pun ceria melihat senyuman ibu. Mungkin itu cara ibu menghargai kepenatan aku. Ibu adalah orang yang tak pernah tak menghargai orang. Dia tahu aku penat. Ibu mana yang tak kenal anaknya... Dia tahu, kalau muka aku pucat atau lebih gelap dari biasa, mesti ada sesuatu yang berlaku... Aku sukar menipu ibu... Tapi, aku katakan kepada ibu dengan cara bergurau: Mak, esok mak tengok kaki Ri lebih kurus tau... Ibu senyum saja. Aku beritahu ibu, aku perlu pulang ke asrama kerana urusan di sini sudah siap, urusan di asrama banyak lagi belum selesai, ibu mengiyakan...

Aku guna bas ke pasar Kuching. Adik telefon, dia cakap kad pengenalan ibu di tangan aku. Aduh... Aku cakap, aku akan hantar...

Aku guna bas dari pasar Kuching ke hospital. Serahkan kad pengenalan ibu kepada adik.

Aku guna bas lagi ke pasar Kuching, sebelum naik van ke Samarahan. Di dalam van, baru aku rasakan sesungguhnya, kaki aku sudah letih sangat. Sepanjang perjalanan aku tidur.

Dalam tidur2 ayam aku di dalam van, aku terfikir... Bahu manalah yang sudi menggalas beban seberat ini... Bahu mana...? Alangkah bahagianya andai memiliki kenderaan sendiri, pasti dapat aku melihat wajah ibu tersayang setiap hari di hospital... Dan bermula dari kelmarin jugalah, aku sedar dan teramat sedar... Sukarlah hendak mencari bahu lain tempat berpaut di kala kita susah, justeru, mesti usaha sendiri. Kepenatan adalah pakej kepada usaha. Dan setelah siap semuanya, kepenatan akan menghadiahkan kepuasan.

Setelah sampai di asrama, sekali lagi aku berkira2... Gembiranya muka teman2ku. Tiada yang nampak berduka, tiada masalah kah mereka? Alangkah bertuahnya mereka... Andai kata ada yang sudi memberikan 'bahunya' untuk menggalas beban yang aku pikul sekarang, mesti aku dapat merasai kegembiraan mereka itu.

Setiap masa, aku berdoa agar kegembiraan datang kepadaku. Sudah dua tahun berturut2, pelbagai petaka tiba. Aku anggap ini ujian Tuhan. Aku redha. Aku turut bersyukur, dalam petaka yang Dia berikan, disertakan juga ketabahan hati yang cukup mantap kepada diriku. Alhamdulillah... Kepada teman pembaca, kisah yang aku kongsikan kali ini bukan hendak menunjuk betapa aku susah, aku cuma ingin semua mengerti bahawa kasih sayang itu sebenarnyalah yang menjadi kunci kepada apa2 kejayaan. Andai tiada kasih, tiada sayang, juga tiada gembira. Aku pernah menyatakan kepada buah hati ku... "Walaupun bertimpa2 petaka datang kepadaku, banyak benda yang aku perlu fikir, tapi, belum ada lagi seurat uban tumbuh di rambutku. Kenapa? Sebab, masalah bukan pengundang duka. Kekadang, kita perlu memberikan layanan kelas pertama kepada diri kita sendiri, kerana kita senantiasa penat dengan bermacam2 perkara. Sebab itu, aku tidak beruban. Kawan2ku yang ceria sentiasa, seperti orang tua, umurnya muda, tapi memutih kepala. Ada yang mengatakan ini sebagai akibat menggunakan pelbagai macam jenis minyak rambut, keturunan, dan macam2 alasan lagi. Tapi, itu sebenarnya cuma hendak menjaga hati dan menyembunyikan sesuatu. Sebenarnya, uban itu disebabkan pemikiran yang tak berkesudahan. Bukan memikirkan apa, tapi memikirkan masalah yang disimpan2..." Renung2kan dan selamat gembira...

6 ulasan:

Nokkota berkata...

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
-surah Al-Baqarah.286

"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tnggi darjatnya jika kamu org yg beriman.."
-surah ali imran :139

"dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali org2 yang khusyuk.."
-surah Al-Baqarah :45

awien berkata...

salam....
sowie lamak udah x mendrop komen....
kmk arap ktk akan trus mbak bersabar....
walaupun perit...tp ya da mjd ketentuan Allah....
kmk pernah padah kat ktk yg kmk penah rasa kehilangan...
tp xsehebat kehilangan yg telah ktk tempuhi....
for atleast..kmk penah merasa....
memang hebat ujian yang Allah berikan kpd ktk...
BERSABARLAH ASRI.....
ya jak dpt kmk padah...
TABAHKAN HATI N KUATKAN SEMANGAT...
sedekahkan al-fatihah kpd daknya slalu...
ingat ya....

joe berkata...

salam islam...kawan.aku disini singgah menyusur madah tak seberapa.takziah...semoga Allah mencucuri rahmatnya.aku sedekahkan alfatihah seikhlas hatiku buat mu bagi mereka..

nur rudyiana berkata...

salam...hrp abg trs sbr,sbr n sbr k..sdh atg tan mc eh..tp apa blh buat kan..x sai2 knah mlawan takdir..doa idak2 ngah lo du wak udah melisuk t3 jauk..ayg fhm bh kbh tan rasa nelisuk nawan wak plg t3 syg..alh gy ayg eh bg,agk umit dah nelisuk apak..hanya bgantg ksh syg dr mak n adk brdk. 10 thn bs apak,satu2nya akak wak adik nuan gk melisuk kmk...harapan tbsr mak wg keluarga..2 kali dah kamik nelisuk scr mengejut...atg ubk abg,btpa bsrnya dugaan sem eh kan...tp wak pasti dun ALLAH maha adil bah..nuan masa nah t3 akn merasa sng gak...yg pergi biarkan pergi k...teruskan hidup..nak ringo,ayg akn sntsa mubik skgan tg abg..ingat x, "susah senang bersama"..uhu..bh,ckp seng..love u so much!

nur rudyiana berkata...

salam...hrp abg trs sbr,sbr n sbr k..sdh atg tan mc eh..tp apa blh buat kan..x sai2 knah mlawan takdir..doa idak2 ngah lo du wak udah melisuk t3 jauk..ayg fhm bh kbh tan rasa nelisuk nawan wak plg t3 syg..alh gy ayg eh bg,agk umit dah nelisuk apak..hanya bgantg ksh syg dr mak n adk brdk. 10 thn bs apak,satu2nya akak wak adik nuan gk melisuk kmk...harapan tbsr mak wg keluarga..2 kali dah kamik nelisuk scr mengejut...atg ubk abg,btpa bsrnya dugaan sem eh kan...tp wak pasti dun ALLAH maha adil bah..nuan masa nah t3 akn merasa sng gak...yg pergi biarkan pergi k...teruskan hidup..nak ringo,ayg akn sntsa mubik skgan tg abg..ingat x, "susah senang bersama"..uhu..bh,ckp seng..love u so much!

aNak GenTa berkata...

thanks sayang....

memang sokongan dan dorongan ayg lah wak menjadi benteng semangat dalam diri ini eh... vayangkan mun xbei insan alah ayg, entah macam mana lah bak menghadapi segala macam dugaan wak labik ih eh. pa pun, i love u so much... muahxx....