Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

13 Oktober 2008

Kembali Lagi...

Salam sejahtera salam pembuka,
Sekian lama tiada bicara,
Bukan kelu tidak terkata,
Semangat jiwa baru menjelma.

  1. Aku tidak menulis sekian lama disebabkan bertimpa-timpa kejadian berlaku akhir-akhir ini. Hari ini semangatku untuk menulis datang lagi.
  2. Untuk pengetahuan pelawat, ibuku yang aku ceritakan dalam lembaran-lembaran sebelum ini telah meninggal dunia pada 31 Ogos 2008, jam 6.30 pagi di Hospital Umum Sarawak disebabkan oleh Glioblastoma, sehari sebelum Ramadhan menjelma.
  3. Kemudian, disusuli dengan pemergian datuk sebelah ibuku (ayah kepada ibuku) pada 29 Oktober 2008, sehari sebelum Syawal menjelma. Justeru, baru hari ini aku mampu kembali lagi.
  4. Moga-moga, keindahan hidup akan datang seketika lagi. Rakan-rakan, sedekahkan al-fatihah untuk ibu dan datukku... Al-fatihah.
Sang Pemikir.

6 ulasan:

Niewa berkata...

assalamualaikum....
tarikh pmergian ibumu merupakan tarikh pmergian datuk sebelah ibuku.....
aku mmg bsimpati dgn nasib yg mnimmpa dirik kamu....
harap kamu sentiasa tabah mhadapi ujian Tuhan....
aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..sahabatku...
p/s: ingat xmok kta mgaco sang pmiikir lagik....hehehehe

aNak GenTa berkata...

waalaikumsalam...
sepastinya, tarikh keramat pemergian ibu dan ayah ku takkan pernah aku lupakan.
ayahku kembali ke rahmatullah pada tarikh awal muharram thn lepas, manakala ibuku kembali ke rahmatullah pada tarikh hari kebangsaan tahun ini... moga2 mereka dicucuri rahmat.
syukur, aku masih bersabar dan bertahan setakat ini.
keep in touch via Sang Pemikir...

:-)

Orang Kampung berkata...

salam..
takziah diucapkan..
moga arwah ditempatkan bersama org2 beriman..
semoga sentiasa tabah mendepani masa mendatang..

selamat menuis kembali..
saya tahu anda org yg tabah..
teruskan perjuangan..

aNak GenTa berkata...

salam nokkota...
terima kasih di atas sokongan dan dorongan yg diberikan.
sama2 doakan moga roh2 orang yang paling sang pemikir sayang akan dirahmati Allah...
diharapkan terus memberi sokongan kepada laman sang pemikir walaupun agak lama merehatkan diri.

terima kasih. pemikir akan terus memberi peluang kepada anda untuk terus menjana pemikiran...

:-)

blind-v berkata...

seri..al fatihah for ur late mom n grandpa...rmember that challenges in life make us become stronger than ever...:)

aNak GenTa berkata...

blind-v...

thanks my friend. harap2 i akan dapat kenikmatan akan rasa kegembiraan dan kebahagian selepas pelbagai rencah kehidupan yang telah dilalui. moga2, blind-v terus bersama menyokong aku k? thanks again...

:-)