Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

26 Oktober 2008

Ingat-ingat lupa

Masa pekak betul! Bila kita memanggil agar jangan berlalu terlalu cepat, ia tetap berlalu juga. Kenangan juga begitu, kalau tidak diikat di lengan, kaki atau badan kita, mesti ia dah lari jauh. Lari jauh meninggalkan kita yang tak cepat berlari.

Bila aku renung balik akan hal ini seketika, aku tersenyum - resah - terdiam.
Tersenyum: kerana betapa banyak kenangan yang indah pernah dilalui sebelum ini.
Resah: kerana masa dan kenangan itu semakin jauh, entah insan yang merasai kenangan yang sama masih ingat atau tidak.
Terdiam: kerana sebenarnya aku sendirian mengenang kenangan yang entah diingat atau tidak ini.
Pada aku, kenangan...
  1. ... sangat indah dan menyenangkan bila diimbas semula, samada yang suka atau duka.
  2. ... sukar dicari kerana yang kita katakan sebagai kenangan adalah apabila kita bersama orang-orang yang kita senangi. Tapi, adakah orang-orang yang kita senangi menyenangi kita?
  3. ... perlu dihargai, kerana tiada yang kedua atau ketiga, datangnya cuma sekali.
  4. ... perlu diingat. Jangan pernah lupa insan-insan yang pernah mewarnai kehidupan kita dengan keindahan atau kenangan yang indah.
atau... Jangan pernah ingat-ingat lupa, lebih-lebih lagi mereka yang seikhlas hati mencuba sedayanya menciptakan senyuman indah di bibir kita. Ingat dan terus beringat.

Fikiran pemikir berfikir... :-)

4 ulasan:

Niewa berkata...

salam sang pemikir,
betul sgt apa yg dikatakan oleh sang pemikir....masa bersifat cemburu...pekak...dipekik2 supaya berhenti...xjugak berhenti... dirayu2 supaya berlalu dengan perlahan...xjugak diturutkan...tulah masa....heheheh....
tapi berbeza dgn kenangan...kenangan yang indah akan selamat disimpan di dalam hati...tp yg pahit tue, simpan jelah dlm kotak fikiran...mana tau...ada masa nak pakaikan..heheheh...
mmg btol, kenangan boleh buat kita bukan sahaja tsenyum, malahan juga menangis, termenung, dan ketawa...mcm2 lagi lah perasaan yg ada...
aku sering menghargai insan-insan yang pernah dan selalu hadir dalam hidupku..sebab itu juga aku berada di sini......

aNak GenTa berkata...

niewa,
terima kasih atas sokongan terus kepada sang pemikir.
ya, diharapkan segala pengalaman dan kenangan yang disematkan di dalam sang pemikir akan sentiasa menjadi medium muhasabah diri anda dan mungkin membuatkan anda merasai nikmat gembira, sedih, marah dan kepelbagaian rasa lagi yang cuba disematkan oleh sang pemikir di dalam laman ini. teruskan memberi sokongan. sokongan anda inspirasi sang pemikir.

:-)

Niewa berkata...

terima kasih juga kpd sang pemikir kerna sudi membuat niewa sering berfikir....ada juga input n output...hehehe...
aku suka mjd pengunjung yg setia...bukan kerna apa...kerana aku suka membaca berkenaan dgn kehidupan....hehehehe....ya...pelbagai peristiwa yg dirungkaikan dalam blog nie...pelbagai perasaan berada dlm diriku ketika aku melawat blog nie...so...keep it up..truskan bblog...ok...

aNak GenTa berkata...

salam... niewa...

insyaAllah... dan sepastinya ruang2 dalam sang pemikir akan sentiasa diselitkan dengan unsur2 pemikiran. anak genta suka berfikir dan membuatkan orang berfikir, supaya kita sentiasa sedar diri, sedar ruang dan sedar akan pengalaman diri...
teruskan dan teruskan membuat penerokaan dalam sang pemikir. andai nampak tak tertarik, hayati lah dengan kesungguhan. kepuasan dan input bermakna pasti diperolehi.
apa2 pun, enjoy dan teruskan berfikir dengan sang pemikir...

:-)