Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

06 November 2008

Ujian menguji, ek?

  1. Bermula Isnin aku ada ujian akhir semester. Ada 3 kertas sehingga hari Rabu. Esok ada 1 lagi dan diakhiri dengan 2 kertas pada Isnin dan Rabu minggu depan. Ujian akhir semester bertujuan untuk menguji pencapaian individu yang telah mengalami pengalaman belajar sepanjang 1 semester. Persoalan yang sering difikirkan, apakah sasaran utama diadakan ujian ini tercapai? Atau hanya nampak kamil pada pandangan mata yang sering menipu mulut? Atau mulut sedang membuat penipuan kepada mata yang sering leka dan alpa? Maknanya, mulut mengatakan ujian boleh menguji pencapaian pelajar, tapi, sebenarnya mata sedar bahawa mulut menipu... Huhuhu... Kenapa? Sebab, pelajar hanya mengalami pengalaman belajar di saat-saat nazak, yakni di saat dan minit sebelum duduk di bangku uji. Sepanjang semester hanyalah mengalami pengalaman duduk di bangku kelas. Kuikui... Siapa bersalah dan tiada noda salah? Fikir...
  2. Ujian semester ada penilaiannya. Lulus atau gagal - mata pointer - CGPA - gred, dll. Ujian hidup? Apa kayu ukurnya? Hidup - mati kah? Atau mungkin ketawa - menangis? Atau mungkin dihormati - dikeji? Atau mungkin 3 paku yang dicacak pada bahu? Atau mungkin itu, mungkin ini, mungkin situ, mungkin sana... Macam-macam kan? Tiada yang pernah tahu kayu ukurnya. Kenapa? Kita tak pernah tahu kita berjaya menempuh ujian hidup dengan jaya atau tidak.
  3. Saat-saat aku menghadapi ujian yang berada pada aras SUKAR, aku memang susah hati. Sebab, ujian tu memang susah aku nak tempuh. Kehilangan, memang takkan pernah bertemu pengganti dengan mudah.
  4. Belakangan ini pun, aku sering bermimpi seseorang yang amat aku rindui kepergiaanya. Bonda yang amat aku sayang yang telah pergi selama-lamanya selalu muncul dalam mimpi. Apa petandanya? Senyumannya yang manis dalam mimpi memang memberi kepuasan kepada rasa rindu dalam hati ini. Tak tercakap rasa puas yang aku alami. Walaupun senyuman itu aku lihat dalam mimpi, tapi aku gembira, aku puas.
  5. Kehilangan dan kesedihan akan datang. Bersedia dan belajarlah menerima. Cinta memang manis, tapi lebih manis kalau kita bijak menangani kehilangan cinta. Cinta manusia takkan pernah kekal... Cinta ABADI menanti kita dan orang yang kita cinta. Mak, ayah... Aku rindu kalian. Teman-teman, al-fatihah...

Tiada ulasan: