Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

05 Ogos 2008

Terlalu istimewa

Kesejahteraan sejagat dipohonkan untuk diriku, keluargaku, guru2ku, rakan2ku dan seluruh umat manusia... Aku tidak berkesempatan untuk menukilkan sesuatu kelmarin disebabkan kekangan waktu dan tenaga. Kelmarin merupakan hari yang indah dan terlalu istimewa buat diriku. Aku berkesempatan berbual dengan bondaku melalui talian telefon. Rinduku terubat juga. Sudah dua hari tidak mendengar suaranya, hidup terasa kosong. Ingatanku kepada semua, sayangilah orang yang amat menyayangi diri anda seadanya. Jangan pernah disiakan...

Kelmarin juga, aku mendengar suatu pengalaman yang aku rasakan cukup mengerikan dari seorang pengajarku. Pengajarku disabotaj oleh pengajarnya semasa membuat latihan mengajar. Amat tidak wajar dan sungguh mengerikan. Bagi yang berada di IPG, masa depan semua terletak di tangan pengajar selain usaha sendiri. Harap2 dijauhkan pengalaman ngeri pengajarku itu. Ia mengajar aku agar sentiasa menjadi seorang yang bermuka2 kepada pengajar walaupun tidak berpuas hati. Haha... Itu bukan aku, tidaaaaakkkk...

Malamnya, aku pergi berjumpa teman lama. Lama tidak berbual mesra. Temanku itu banyak berubah. Berubah fizikal dan mentalnya. Itulah manusia, cukup dinamik. Amat mudah berubah dan menerima perubahan. Itulah yang menjadikan dunia cukup indah. Kedinamikan manusialah yang melengkapi alam yang serba indah ciptaan Yang Esa ini. Satu sahaja harapanku, rasa kasih sayangku kepada buah hatiku takkan berubah sebilanya... Juga ku pohon buah hati pun takkan berubah rasanya walaupun manusia dinamik sifatnya...

Apakah yang aku rasakan terlalu istimewa tentang diriku? Aku terkadang tidak dapat menyatakan keistimewaan sendiri melainkan orang lain... Orang lain adalah cermin diri kita. Tapi, harus berhati2 apabila kita melihat cermin ini. Orang yang lembam dan dungu pemikirannya akan sentiasa melihat diri kita satu imej yang cukup hina dan teruk bila mana kita berbuat sesuatu yang tidak digemarinya. Justeru, harus jangan diterima bulat2 gambaran cermin yang hodoh. Kenapa? Semua orang itu istimewa...

Aku ada suatu cetera... Aku pernah berteman dengan seseorang. Apa kata aku namakan artis ni sebagai X. Aku dan X agak rapatlah jugak, sehinggakan terlalu ramai teman2 rapat ku yang beranggapan aku dan X pacaran... Hahaha... Oh, tidak...! X merupakan orang yang terlalu sukar untuk memahami akan perasaan dan personaliti orang lain. Terlalu suka mengatakan sesuatu perkara yang langsung tidak matang dan terkadang boleh dikatakan sebagai apa sahaja yang dicakapkan oleh si X akan membawa kepada rasa menyampah dan sakit hati. Bukan kerana kata2nya kasar, tetapi terlalu bodoh untuk didengar... Aku beri contoh:
Bila aku katakan: "Aku dan kakakku nak pergi pasar nak beli buah2an untuk mak"
Dijawabnya: "Nak beli buah apa?"
Bagi aku, jawapan itu terlalu bodoh dan tidak langsung memenuhi kehendak situasi. Adalah lebih elok kalau dijawabnya: "Elok2 pergi ya..." Kan begitu lebih sedap untuk didengar dan akan menunjukkan kematangan kita kepada orang lain. Aku cuma nyatakan satu contoh, lebih banyak lagi contoh situasinya. Kemudian, sebagai orang yang lebih dewasa dari segi usia, aku memang tersangat selalu menegur kelembaman X ni. Pada mulanya, aku gunakan cara yang cukup lembut, dan pasti tidak mampu untuk menyakitkan hati sesiapa. Namun tiada perubahan, malah menjadi2... Kalau langkah lembut tak berkesan, gunakan saja cara yang lebih drastik. Apalagi, aku gunakan kata2 yang lebih direct to the point, dan aku berjaya menyedarkan kedunguan X, tapi untuk seketika saja. Dungu nya kembali lagi dan makin menjadi. Memang dungu! Hahahaha... Akhirnya, aku malas nak membuatkan diriku bergelumang dengan kedunguan si X ni. Aku semakin menjauhkan diri. Buat apa bersama orang yang tak nak menerima nasihat dan teguran kan? Tapi, yang menjadi tanda tanya kepadaku, atas musabab apa si X sanggup mengatakan aku "bodoh" padahal aku tidak pernah mengeluarkan kata sehina itu kepadanya waima memang gelaran itu patut diterimanya. Justeru, dalam lembaran ini, secara rasminya, aku mengumumkan X mendapatkan gelaran dungu dan lembam, lebih manis bunyi nya berbanding bodoh kan? Rupa2nya kita akan menjadi bodoh jika menasihati orang... Jadi, pembaca Sang Pemikir, jauhi si X ni, dan sepastinya, jangan tegur sebarang, nanti dikatakan sebagai bodoh. Hahahahahaha... Unik kan? Itu satu jenis manusia.. Memang dinamik kan... Mungkin merasakan diri terlalu lengkap padahal, compang camping kurangnya... Belum terserlah lagi lebihnya, sudah menunjukkan kekurangan diri... Manusia2...

Satu yang ingin aku nyatakan... Kita adalah istimewa andai kita istimewa... Istimewa terlalu luas definisinya. Andai anda merasakan anda perlu dilabelkan sebagai istimewa, memadailah kita hargai diri kita dengan mengatakan: "Tahniah, Sang Pemikir, kau buat yang terbaik, cuba lagi untuk lebih baik ok?" Motivasi diri sendiri andai tiada yang pernah mahu memotivasikan kita. Jangan asyik mahu merendah diri dan mendengar kutukan dan cercaan orang yang langsung tidak akan pernah puas hati akan kehadiran dan keistimewaan kita. Ingat, kita semua terlalu istimewa... :-)

11 ulasan:

annisa89 berkata...

cayokk..
polah sal kmk gk..kakya kmk komen gk
haha
gempaq..
bodoh itu terlalu subjektif untuk mereka yang dungu..
dan yg dungu perlu tau kebatilan mereka itu mengalpakan mereka melalui duniawi

aNak GenTa berkata...

annisa89...

haha.... "dan yg dungu perlu tau kebatilan mereka itu mengalpakan mereka melalui duniawi", indah sungguh frasa ini...

orang2 bodoh yang melakukan kesalahan perlu sedar bahawa kesalahan yang mereka lakukan itu telah menyebabkan mereka alpa, tambah2 lagi dengan adanya unsur2 keduniaan...
ya, untuk orang yang dungu, bodoh memang terlalu subjektif, nama pun dungu, entah apa yang ditahunya....

em, ari ni bercerita pasal dungu dan bodoh je lah... hahaha

Unknown berkata...

satu penyesalan utk mengenali insan yg bernama x?
anggpla benda yg terjadi satu pengajaran,k?

Niewa berkata...

salamzzzz sang pemikir...
maaf sbb lewat post comment...sehingga tertunggu2 sang pemikir utk membacanya...bukan apa, pembaca yang setialah katakan....
aku terlampau la bizi akhir-akhir ini...aku cuba mencuri waktu melawat sang pemikir namun x berkesempatan untuk meninggalkan kesan..hehehehehe..never minds la..
berbalik kepada topik..aku x brapa gemar dinilai oleh manusia sekeliling mengenai perwatakanku, tingkah lakuku, dan semua yang berkaitan denganku...bukan apa..bukan boleh caye...byk xboleh pakai..tipu jer lebih...kdg2 byk ngampu...dan kdg2 sebaliknya...so, aku prefer..kalo nak tau jugak ttg personaliti 2, better..tanya ibu n ayah...adik-beradik...diaorg lagi tau...lagi kenal sedalam2nya perangai n sikap kita...sumala ttg kita....sbb dr kecik kita tinggal sama diaorg..of course diaorg tau...
ok...for the next topic...adoh..hangat nie...komen ku ialah
"bodoh akan tetap bodoh sekiranya ingin meneruskan kebodohan"
"dungu akan kekal dungu,jika masih terbelengu dalam kedunguan"
hahahaha.....
topik akhir sekali....
ya benar kata sang pemikir...semua makhluk di muka bumi ini adalah makhluk yang istimewa..so, apa salahnya kita... sebagai insan2 istimewa ini, memberi penghargaan kepada diri sendiri...mengapa perlu mengharapkan penghargaan daripada org lain?
xperlu semua 2...kdg2 penghargaan daripada org lain..tidak ikhlas dari hati....
sebagai fakta...tidak semua org yg senyum pada kita memberi senyuman yang ikhlas dr hatinya... dan tidak semua berasa gembira pabila kita mendapat sst kejayaan...
kekadang org akn lebih bercakap ttg keburukan dan bukan kebaikan kita...
dan fahami lah..org yg bercakap ini akan terus bercakap...biarkan lah... umpama membiarkan si luncai terjun dengan labu2nya.....
sayonara~

aNak GenTa berkata...

to fifie a.k.a pinotzz,

ya... jadikan sbg pengajaran jer lah... hehehe... banyak benda yang dipelajari dgn pengalaman ngeri sebegitu kan...? heheh... pa pun, harap fifie bukan yang macam tu... heheh

aNak GenTa berkata...

memang mudah untuk melupakan sesuatu, cuma ucapkan, "biarlah luncai dgn labu2nya"... hehehe...
ya, memang Sang Pemikir gersang tanpa komen dari pengunjung setia. jadi, pengunjung setia jangan mudah alpa, sentiasa up-to-date ngan Sang Pemikir ni k. heheh...
ya, orang yang tak bercinta sukar untuk bercakap mengenai cinta. tapi, sebenarnya, pengalaman dan sudut pengalaman orang yang tak bercinta ttg cinta adalah lebih bernas drpd pandangan mereka yg bercinta. cuba try test tengok...
to awien, bg sang pemikir, pandangan orang yang tinggal sebumbung dengan kita dan yang tidak tinggal sebumbung dengan kita ttg diri kita sepastinya adalah amat berbeza... rasionalnya? perangai kita di rumah dan di luar rumah sepastinya berbeza bukan? renung2kan... hehe...
ya, bak kata niesa, orang dungu tetap akan dungu... hehehe... tp, apa yang penting, kita semua istimewa. jg keistimewaan kita sebaiknya...

aNak GenTa berkata...

maaf... kesilapan taip untuk komen yang sebelum ni...
"ya, orang yang tak bercinta sukar untuk bercakap mengenai cinta. tapi, sebenarnya, pengalaman dan sudut pengalaman orang yang tak bercinta ttg cinta adalah lebih bernas drpd pandangan mereka yg bercinta. cuba try test tengok..." telah lari dari topik... maaf... hehehe...

Orang Kampung berkata...

ya, kita adalah yang teristimewa..
setiap kita ada peranan masing2..
maka, harus bagi setiap kita bersangka baik sessama kita. bukan dengan cara berkata bodoh..

tahniah sang pemikir atas artikel yg bernas..
harap dapat tunjuk ajar..
walaupun dah lama ber'blog', orang kampung nokkota msh lagi blur menulis..

tentang cinta, x la pakar.. p, btl la.. bila kita x bcinta, memang kita akan lagi pakar dari yg bcnta..
kerana apa? sebab kita berada d luar sistem.. lumrah bila kita x berada dlm sesuatu sistem, kita akan nmpak semua benda..
apa2 pun "love is cinta"

Allah berfirman dalam surah Ali Imran kira2 brmksud:[kamu(manusia) adalah umat yang terbaik d kalangan makhluk, menyeru kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran, dan beriman kepada Allah..]

yang teristimewa-Adibah nor.. he2..

Niewa berkata...

oh..aku just bagi pendapat je sang pemikir...
memang ada benarnya...perangai kita xsama di dlm n di luar rumah...tapi aku memang species yg xsuke dgr org beri komen ttg aku... sbb bila dipuji benda baik2 ttg diri aku kang riak...bila dikeji benda buruk2 ttg diriku kang kecik ati...baik xpayah tau...
lagipun...aku nie telinga nipis...kalo boleh, nak elakkan je...
last but not least...aku sbenany xla brapa suke perkataan bodoh n dungu...bukan xbest je..malah xsedap telinga mendengarnya...sbb pkataan 2 boleh buat org panas hati yang sekaligus mengundang kepada pertengkaran....
kalo boleh elak2n la penggunaannya..
sayonara~

aNak GenTa berkata...

tahniah kepada nokkota kerana berjaya memahami calitan idea sang pemikir kali ni. ya, kita semua terlalu istimewa, dan xda sesiapa yang berhak untuk memberi kita gelaran bodoh. justeru, bagi sang pemikir, apalah salahnya bagi sang pemikir memberi anugerah dungu kepada yang terlalu bijak itu kan, agar keadilan itu jelas dan istilah dungu lebih manis didengar... hahaha...

topik yang bernas? em... sang pemikir selalu berada di luar sistem stereotaip manusia, sebab itu lah sering berfikir, dan terkadang apa yang difikirkan agak payah diterima mereka yang stereotaip ini. kepada nokkota, boleh membincangkan topik yang sang pemikir nukilkan di dalam blog nokkota, mana tau akan menarik perhatian pembaca nokkota... sharing is loving... hehehe...

em? love is cinta? kalau hendak dinilaikan frasa tu kan, memang pemusnah bahasa sebenarnya apabila dirojakkan bahasa tu. tapi, untuk memberikan impak yang lebih menarik perhatian, frasa tu unik...

ya betul... orang yang di luar sistem boleh nampak kesilapan mereka yang berada di dalam sistem itu, tapi dengan satu syarat nokkota... orang yang di luar sistem itu, perlu ada satu sistem sendiri/bersistem, agar dia tidak dilabelkan sebagai tidak berasas...

ya, we are very special... :-)

aNak GenTa berkata...

awien... ya, atas pendapat itu, sang pemikir ucapkan terima kasih, janganlah berkecil hati dengan jawapan sang pemikir... seorang pakar motivasi pernah menyatakan...
"carilah suami/isteri yang boleh menerima teguran dan nasihat seadanya agar kebahagiaan akan kekal sampaike anak cucu... carilah ciri suami/isteri yang bersyukur dengan kelebihannya dan sedar akan kekurangannya..."
sang pemikir berharap awien akan berusaha untuk menebalkan telinga dari semasa ke semasa. apabila sudah bergelar guru nanti, lagi banyak kekata yang akan mengecilkan hati kita... so, jgnlah mudah berkecil hati sangat, nanti merana jiwa... hehehe... stay cool...

pasal bodoh dan dungu tu, cuba awien baca komen yang sang pemikir reply kepada komen nokkota tu...
kita xkan berani2/suka2 gelarkan orang demikian kala kita tidak digelarkan... kerana dunia adil, mesti letakkan sesuatu pada tempatnya, dan perlu ada timbal balik ya bertepatan... baru hidup terasa bahagia...
ingat, andai kita jarang berkecil hati, kita akan sering berbesar hati. besar hati sebenarnya lebih besar musibahnya berbanding kecil hati, sebabnya besar hati mengundang rasa riak... riak dan takburlah sifat cercaan Allah...
saranan kepada awien, alangkah eloknya, kalau dicarikan teman yang cukup baik dan memahami diri awien untuk menilai peribadi awien, dan memberi ulasan baik buruk diri kita. belajarlah untuk menerima semua perkara seadanya... yang pasti nanti, kita akan gembira setelah sedar lebih kurang diri.... dalam proses menegur, yang kurang baik perlu didahulukan kemudian diikuti yang baik. pasti akan tidak terlalu kecil hati di akhirnya...
sekian, stay cute... dada... hehe