Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

03 Ogos 2008

Ketiduran, sayang

Salam... Baru peroleh sedikit tenaga. Seharian aku ketiduran. Huhu... Kecapekan banget barangkali. Moga2 esok sudah mampu untuk penuh bertenaga. Walaupun ketiduran yang terlampau, entah kerana apa rasa kerinduan amat kuat membuah dalam diri hari ini. Barangkali, inilah yang dinamakan sebagai kasih sayang. Apabila kita terlalu sayangkan seseorang, kita memang akan sentiasa merinduinya, sehingga ke satu tahap, kerinduan kita akan sampai ke puncak. Dan, ketibaan rinduku ke puncak adalah pada hari ini. Lantaran terlalu rindukan bonda, aku mintak dihantarkan gambar bonda yang paling terkini. Asalkan orang yang aku sayang ceria, hatiku pun akan turut berbunga. Buah hati pengarang jantung pun amat aku rindui hari ini. Nasib baik aku dapat berhubung dengan buah hati aku setelah sekian lama aku tak menyentuh telefon tanganku. Entah kerana apa, aku sudah lama tidak bermesra dengan telefon tanganku. Mujur saja, buah hatiku mengerti perasaanku yang malas untuk bermesra dengan telefon tangan ini... Bukan kerana aku tidak mahu keep in touch dgn buah hati, tapi terlalu banyak komitmen aku belakangan ini. Tidak hairan aku selalu keletihan dan punya tidak banyak masa. Tambahan lagi, masa udara (airtime) pun kureng mengizinkan. Hahaha... Demikian, memang aku sangat beruntung mempunyai buah hati yang seperti ini. Tidak ada orang yang lebih mengerti akan aku selain buah hati aku selepas keluargaku yang amat ku sayang. Justeru, amat sukar untuk aku berenggang dengan nya. Biar jauh di mata, di hati, memang sentiasa ada. Jadi gambar background hati. Huhu...

Itulah kasih sayang. Kasih sayang sesuatu yang sangat subjektif. Mana mungkin disukat dan dibuat penilaian. Kasih dan sayang merupakan dua perkara yang berhubung kait. Andai dua insan saling menyayangi, maka akan wujudlah kasih dan sayang. Kasih sayang adalah suatu hubungan berbalik yang perlu disuburkan selalu agar cinta dapat berputik... Cinta pula memang susulan kepada kasih sayang. Dan apabila sudah ada cinta, akan datanglah terma 'buah hati'. Kenapa dikatakan sebagai buah hati? Em... Setiap orang ada satu hati, dan apabila sudah ada hubungan cinta yang melibatkan hati yang kedua, hati kita tadi akan berbuah dalam bentuk yang amat subjektif, dan lahirlah kata buah hati, yang menjadi pengarang jantung. Bijak sunggu manusia mencipta terma. Logik kan...?

Satu lagi yang aku nak ujarkan kepada rakan Sang Pemikir... Kenapa perlunya cinta kepada kita? Dan adakah anda mencari cinta? Atau anda berharapkan cinta itu datang seperti bergoleknya buah mangga dari atas gelongsor? Percayakah anda pada cinta yang buta? Fikiran pemikir berfikir...

20 ulasan:

ijad berkata...

salam... apa khabar...

aNak GenTa berkata...

salam... kabar baik...
ijad? em... baru bertandang ke Sang Pemikir eh?

fifie a.k.a pinotzz berkata...

hehe..jiwang sungguh abg mek tok..

hehe..bagus2..
jgn lamak2..
kawen gk..
haha..
trok x mek anta komen..

aNak GenTa berkata...

haha... jiwang??? jiwang pun, jiwang lah... hehe... em, p ada orang jiwang gk eh... hangat dan mendidih lah katakan...
tq for commenting in my site...
do visit always... tunggukan post mek esok aa... cerita pasal, hangat mendidih... hahah...

fifie a.k.a pinotzz berkata...

shhh..
boh eh..
mek ada blog juak..
komen2 juak k..

aNak GenTa berkata...

apa blog ktk tek...

aNak GenTa berkata...

fifie..
kmk da add blog ktk lam blog kmk...

nosaer berkata...

cinta...
hamba mnegutarakan persoalan tentang cinta kepada semua teman di dalam kelas. apakah beza perasaan cinta dengan perasaan ingin memiliki? ramai yg menjadi konpius. hamba sendiri pun tak tau apa perbezaannya. cuma tujuan mengutarakan soalan itu cuma untukk bertanyakan pendapat.mungkin anak genta ada pandangan sendiri... bleh kong si tak? hehe

bagi persoalan yg ditimbulkan kali ini, hamba lebih memilih cinta yg bergolek sendiri seperti mangga. sebab tu la sampai sekarang hamba masih single kot... huhu
tapi tak bermaksud hamba ini tiada pernah menaruh perasaan kepada sesiapa. tetapi biarlah takdir Tuhan yg menentukan, jika itu jodoh kita, di mulut naga pun kita akan tetap bersama jua :]

aNak GenTa berkata...

salam nosaer...

"apakah beza perasaan cinta dengan perasaan ingin memiliki?"

apabila sang pemikir berteleku seketika...

*******************************

memang terlalu banyak sebenarnya perbezaan antara dua perkara ini. tapi, lebih mudah kita ambik perbezaan yang senang kita tengok. sesuatu yang nampak dari aspek fizikal dan rohani berbeza kan? perasaan cinta itu merupakan sesuatu yang tak boleh kita nampak, atau dalam mudah kata, sesuatu elemen rohani, manakala perasaan ingin memiliki merupakan suatu rasa yang bersifatkan lebih kepada fizikal, kerana dengan berjaya nya seseorang itu memiliki seseorang yang diimpikan, maka akan lahirlah kepuasan yang barangkali seketika, kerana dia boleh menunjukkan kepada dirinya dan orang lain bahawa dia mampu untuk memiliki seseorang itu.

rasa cinta dan ingin memiliki juga berbeza dari segi tempoh masa... rasa cinta lambat untuk pudar, tapi ingin memiliki akan lekas pudar apabila seseorang sudah mencapai misinya, iaitu ingin memiliki.

dari aspek definisi secara literal juga berbeza. cinta ialah perasaan atau berperasaan sangat sayang, manakala memiliki pula bermaksud mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik. mana satu yang melibatkan hati, mana satu yang tidak...?

lain aspek, kebolehlihatan. rasa cinta sukar untuk dilihat, sebab itu jangan hairan ada kelompok yang terkejut bila mana mengetahui orang yang jarang bertegur sapa, tiba2 berkahwin. itulah cinta... seperti kentut juga, senyap tapi berbisa dan amat kuat. cinta yang tak didengar mudah kekal sebila-bila... berbeza dengan ingin memiliki, mudah sekali membawa kebingitan. "aku dah begerek dengan dia", pengumuman dari si A. andai terdengar ke'show-off'an sebegini, sebenanrnya dia bukan nya hendak bercinta tapi hanya ingin memiliki.

satu lagi, cinta merupakan sesuatu yang kita tak pernah 'ingin', bukan? ia lahir sendiri secara perlahan2 tanpa diarahkan. manakala terma kedua "ingin memilik", sudah jelas, perkataan ingin tu sendiri membawa maksud kemahuan. mahu dan datang sendiri tak sama kan. analogi mudah, 'saya nak makan ikan' x sama dengan 'saya diberi makan ikan'... cukup berbeza.

terakhir dariku, ingin memilik, barangkali tidak disertai dengan rasa cinta, cuma perasaan untuk menjadikan orang lain haknya...

*********************************

bayangkan kalau mangga tak jatuh, dah terus melekat di tangkainya sampai ia busuk dan dibawa lari burung ke sarangnya... akan bergolekkah mangga itu ke muka nosaer? renung2kan... heheh...

ira oh iraaa berkata...

u're right.missing is hurting ...
:(

aNak GenTa berkata...

ira... selamat bertandang... missing is hurting... menarik kata2 tu... ira, aku mok bicarakan tentang pic yang paling aku suka dalam album ko ya kat dalam blog tk, pat kah? hehehe

ira oh iraaa berkata...

aaa...pic pa ko mok komen gik ka?
btw, saya juka suka phrase itu..
:)
missing is hurting

aNak GenTa berkata...

pic yang miak 3 orang ya duduk ya eh....

nosaer berkata...

wah... panjang lebar ulasan anak genta untuk komen ana kali ini... hehe
siap bandingkan kentut dengan cinta. tapi x apa. byk benda yg boleh dikongsi dalam topik kali ini. hehe

thanks :]

harap2 mangga itu bergolek la... jgn fikir negatif pulak :P
kalau mangga tu tak melekat pun, bunga bukan sekuntum. hehehe

aNak GenTa berkata...

nosaer...
ya... panjang lebar, harap berpuas hati dengan pandangan anakgenta... heheheh... sumtimes kita perlu think negative, kalau tidak kita takkan pernah memikirkan risiko...

awien berkata...

salamzzz....
wah memang best kalo seharian tido... tapi ada x sakit kepala?
untung nya pabila ada teknologi kini...ah...rindu nya aku pada famili ku di sana...ingin saja ku pulang segera...apakan daya..tanggungjawab ku sebagai penuntut ilmu membuat aku harus menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang penuntut...
ya...btol kata sang pemikir...kita akan berasa gembira...pabila org yg kita sayang gembira...aku suka akn senyuman mama n abahku...aku bangga pabila mereka menyebut namaku...ku rindukan mereka saat ini....
benar katamu sang pemikir...kasih sayang sesuatu yang subjektif...
ku punya kasih sayang...kasih sayang yang paling berharga dari segalanya..tidak dapat dibeli....ianya adalah kasih syg mama n abahku....wlaupun mereka jauh namun kasih syg mereka terhadapku sentiasa mengiringi perjalananku...
bagi topik kasih sayang untuk menghasilkan cinta...susah la untuk aku ungkapkan sang pemikir...
aku sudah mengalami perasaan dicintai yang sekaligus mencintai....namun bukan hanya untuk kali pertama..namun cinta ini...ada kalanya indah...namun pabila kita broke up...suma yg indah musnah dlm sekelip mata...aku percaya akan cinta...cinta pembawa derita...namun bagiku...aku belom ingin bercinta...biar cinta yang lepas itu terus berlalu....jd kenangan....biar la stay single-mingle...
xperlu jaga perasaan org dan xperlu di jaga oleh org...
untuk segala persoalan sang pemikir...ku ingin jawab 1 persatu...
Kenapa perlunya cinta kepada kita? bagi aku yang xbercinta nie...aku rasa cinta perlu sebabnya cinta itu merupakan perasaan yang positif...aku xberani nak jwb lbh sbb aku xbercinta...nanti la..bila aku bercinta lg..akan ku critakan 100% pengertian cinta....
Dan adakah anda mencari cinta?
x...aku xpernah mencari cinta...cinta dtg sendiri...
aku ingin menyibuk sikit ttg komen dr nosaer....hebat jugak pdpt si nosaer nie...
apakah perbezaan antara perasaan cinta dengan perasaan ingin memiliki...?
byk sangat bezanya...tapi untuk ringkasan....
cinta biasanya bersifat selamanya, walaupun apabila dua pasangan itu tidak bersama, namun kenangan ketika mereka bercinta itu tetap akan ada...akan selamanya dlm kotak ingatan....
namun berbeza dengan perasaan ingin memiliki...ianya bersifat sementara..malahan ianya sangat berkait rapat dengan perasaan bersaing...bersaing untuk menjadikan seseorg menjadi hak milik nya...maka ikut kata sang pemikir tadi...wujud la terma "show-off"...
begitulah tadi pendapat-pendapat yang mampu ku curahkan pada post ini....
sayonara~

aNak GenTa berkata...

mun dah penat, seharian tido x mengundang sakit palak, tapi mun time biasa2, tidur berlebihan mngundang kecelakaan. hehe...
ucapkan tahniah kepada dirimu awien, kerana memiliki rasa kasih sayang dan sepastinya kasih syg mu dibalas sejiwanya oleh orang tuamu...
terima kasih atas cetusan pandangan awien ttg persoalan yang sang pemikir utarakan dalam lembaran Ketiduran, sayang pada kali ni. dgn itu, dptlah sang pemikir menyelami personaliti pembaca2 Sang Pemikir ni. teruskan bertandang dan meninggalkan ulasan dalam usaha untuk mendapatkan topik2 yang hangat untuk dibicarakan... stay cute... da...

nur rudyiana berkata...

salam..
hai abg,sorie lmbt brk bk post cment..emm.bez ei.suk tan maca..haha. Tq bg eh byk syg tg ayg..ayg pun btuah gak kenah gerek alah abg..i love u so much...ever!wah..ehe. nak ringo k..biarpun t2 kth dah x temu..nuan masa nah t2 psti temu gak..ingat ayg selalu k..jauh d mata dkt d hati..
salam sayang dr ayg..

nur rudyiana berkata...

i love u so much...ever!

aNak GenTa berkata...

tq my dear... i luv u too... ever...