Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

08 Ogos 2008

"Saya dah...?"

"Uncertainty will only encourage you to be moody, today..."

Kalau diikutkan hati, rasa nak jadi Hulk hari ni, rasa nak pijak2 orang je. Tapi, tabahkan hati, kuatkan iman, untuk mendepani ujian Tuhan... Dalam kata mudah, banyak benda yang tak betul berlaku hari ni. Sangat tak memuaskan hati, nampak sangat tak bekerja secara profesional dan bersikap profesional. Jadi, apa lagi, kerana dunia adil, aku harus layan dengan tidak profesional juga.

FAKTA KES 1
Artis A: Eh, macam mana dengan persiapan kita?
Artis B: Saya dah buat tu, saya dah buat ni, semua dah siap lah.
Artis A: Em, awak memang bagus, terima kasih byk2...

*******

(tapi, sebenarnya apabila di sebalik tabir)
Artis B: Macam mana nak buat tu? Macam mana nak buat ni?
Artis C: Kalau nak buat tu, awak buat macam ni... Kalau nak buat ni, awak buat macam tu...
Artis B: Eh, saya tak tahu buat lah. Awak tolong buat lah.
Artis C: Ok...

FAKTA KES 2

Artis C: Macam mana dengan persiapan kita?
Artis B: Em, Artis A cakap dia akan uruskan semua. Jangan bimbang.
Artis C: OK la kalau macam tu.

*******

(beberapa ketika selepas itu, iaitu di saat akhir sepatutnya persiapan sudah selesai)
Artis A: Artis C, awak tolong uruskan persiapan kita boleh?
Artis C: (dalam hati) Nang CHOI!!! :-)

*******

(setelah semuanya berjalan lancar)
Artis A: Terima kasih banyak2 kita ucapkan kepada Artis B kerana telah banyak membantu bla, bla bla...

Tertaip di atas, skrip drama baru, iaitu "Saya dah bersama si Choi". Drama dalam kehidupan realiti yang menarik perhatian. Amat membantu, khususnya kepada mereka yang mempunyai daya kekuatan dalam proses mengampu dan membodek. Atau dalam kata lain, si talam bermuka dua, tiga, empat, dan,... Kepada yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap diri dan orang lain, dia akan memahami kandungan skrip di atas dengan mudah sekali. Persoalannya sekarang, adakah anda mengamalkan "Saya dah...?". Kalau anda pengamalnya, anda adalah pengampu terbaik. Pergilah bertanding untuk mendapat anugerah dalam Festival Pengampu yang akan datang, iaitu pada 1 April tahun depan. Kenapa 1 April? Sebab hari tu, orang2 yang berintelektual rendah akan merendahkan intelektual orang lain. Sesuailah, pengampu tu sebenarnya dalam kategori yang berintelektual rendah juga. Kenapa?

6 ulasan:

annisa89 berkata...

haha..
anda selalu membuatkan saya berfikir..
terlalu banyak berfikir..
sehinggakan fikiran saya berfikir di tahap maksimum seorang pemikir..
alangkah gembiranya hidup saya andai saya tahu siapa artis A artis B dan artis C itu..
gersang rasanya hati ini bila apa yang ingin diketahui tapi tak jmpa pulak jawapannya.
rasa mahu mengalir air mata bila memikirkannnya kembali..
tapi saya tidak gentar.
andai ada peluang akan saya tanya jua pada anda siapakah barisan pelakon skrip anda itu tadi..
dan bila saya ketahuinya barulah kegersangan hati ini ketandusan hati ini ter'basah' oleh panduan-panduan hangat daripada anda..
keep up ur HOT story!!!

aNak GenTa berkata...

ahahahaha... annisa ni memang lah...
kalau dah diletakkan sebaga A B C tu, maknanya, perlu dirahsiakan kerana bisa memalukan individu. Hahaha... berfikir dan terus berfikirlah. bukannya hot story, tetapi rencah kehidupan yang digarap oleh kita, iaitu manusia yang mempunyai kepelbagaian. yang baik kita jadikan pedoman, yang buruk jauhkan ke simpang pat puluh pat...

Ahmad Fikri Johari berkata...

wahai sahabat...kehidupan di dunia ini memang sebegitu rupa...indah kata dari rupa...depan lain, belakang mesti lah lain.lihat saja pada manusia, hadapan nya lain, belakang nya pun lain..manusia memang dijadikan sebegitu rupa, pandai dengan kata2...sahabat sendiri pernah berkata, manusia banyak kelebihannya..mungkin kah itu kelebihan arts tersebut?? allahualam...

walaubagaimanapun, diharap sahabat dapat menempuhnya dengan tenang dan ingatlah, sesungguhnya org yang teraniaya, makbullah doa nya...so, bila berdoa tu, jgn la lupa dengan saya ye..

andai kata diberi peluang untuk bekerjasama dengan artis tersebut untuk kali yang seterusnya, ingatlah kata2 ku ini...dan kalau boleh, bg tau kat dia ayat ni:

"erm....kalau nak pikul tanggungjawab yang telah diberi, pikul lah dengan sebaiknyat..jgn mudah menerima tetapi sukar untuk melakukannya..berfikir sebelum melakukan sesuatu, jgn buat2 tahu, lepas tu menyusahkan org saja yg tahu.." khas untk artis B itu..

however, hopefully masa kat grand prix ya kelak, kta selamat pergi dan selamat kembali ke maktab...dan ku doakan semoga banyak pengalaman yang dapat diperolehi dan menganggapnya sebagai satu medium untuk mencari maklumat walaupun pada hakikatnya kita adalah org yang teraniaya..dan kalau lah kita x perlu pergi, memang dapat kta berehat dengan semahunya...tp apakan daya....semoga org yang teraniaya akan mendapat peluang utk menganiaya penganiaya....


wassalam....

*andai tersalah penggunaan bahasa haraplah dimaafkan ye...maklumlah kan kita sekarang kena guna bahasa inggeris..by the way, bahasa jiwa bangsa kan.....

aNak GenTa berkata...

salam fikri...

herm... kita disuruh guna bahasa inggeris ek? em, dah jemu lah bercakap guna english ni, macam orang putih tak berapa nak center je, cakap pun tunggang terbalik. takpalah, sang pemikir masih mengagungkan bahasa melayu je.. hehe... kalau orang putih agungkan bahasa melayu baru sang pemikir akan agungkan bahasa mereka k...

ya, sang pemikir pun amat berharap agar semuanya akan berjalan lancar semasa kita bertugas sebagai pasukan kecemasan dalam kejohanan tu nanti. sang pemikir sebenarnya terasa cuak gak apabila pakar perubatan kecemasan tu suruh kita isi nama untuk diinsuranskan. semacam menyerah nyawa je. moga2 kita semua akan dilindungi daripada sebarang bencana. walaupun terasa geram dengan si penganiaya, tapi terima kasih juga diucapkan kepada dia, kerana telah memberi peluang kepada kita untuk belajar, belajar mengenali siapa dia sebenarnya. ahahaha... sabar, dunia ni adil, akan ada peluang kita menganiaya dia... haha... jahatnya... tapi itulah dunia, kejahatan terkadang lebih indah dari kebaikan...

ya, bekerja dengan orang yang tak bertanggungjawab memang menyusahkan diri sebenarnya. pada awal bersemangat seperti pejuang jepun, tapi at last mengundur diri macam siput BABI masuk ke dalam cangkerang. lepaskan diri, tak nak buat kerja. dan sepastinya orang lain yang terpaksa buat kerja. tapi saat terindah buat si siput BABI adalah apabila mendapat pujian kerana semua kerja 'dilakukan sebaiknya'. memang siput BABI... buat muka bangga pulak tu sedangkan tak buat apa2 pun. memang terlalu istimewa manusia ni. tapi bukan semua yang berperangai macam tu. yang sespesis siput BABI je yang macam tu. hahahaha...

nanti sang pemikir akan sampaikan kata2 fikri pada orang yang macam tu yer... tapi, tak pedas sangat lah fikri, fikirkan yang lebih tajam boleh? hehehe....

adios gracias...

Niewa berkata...

salamzzz sang pemikir...
semoga ceria2 selalu...
wah..kira hangat isu nie...kes2 yg dinyatakan td, kalo nak disimpulkan balik nie kira kes org maen passing2 kerja....aku benci kes2 sebegini...memang salu terjadi dlm kehidupan realiti...ada berlaku dalam hidup aku gak...kalo maen pasing2 kerja..sampai bila pun xsiap...sorg nie sroh sorg tu buat...sorg tu sroh sorg lg buat...aku pernah rasa situasi begini...akhirnya kerjanya xsiap..then bmula la sesi tunding-menunding jari...pastu salah-menyalahkan org lain, walhal kerja2 spt ini, jika rasa tidak dpt dsiapkan sorg2...sepatutnya buat la beramai-ramai...biar sama2 rasa susah senang buat kerja... adios~

aNak GenTa berkata...

ya... ini memang isu hangat sebenarnya. agak menyakitkan hati. terlampau sakitlah hati sebenarnya. dalam isu sebegini, buka pujian dan penghargaan yang ingin dihighlight, tapi beban tugas yang dilampiaskan seperti melampiaskan peluh di dahi, tak diperlukan. andai beban tugas sudah diterima dengan rela hati, tolonglah jangan diserahbuang kepada orang lain, atau dalam kata mudah akan memudahkan orang lain. kehidupan ini unik dan dinamik. manusia memang makhluk yang unik. sekajap saja akan berubah. berubah sikap, berubah persepsi dan tanggapan. kerana keburukan dan kejelekan manusia, rasa meluat akan datang dengan mudah, tapi jasa2 yang telah ditaburbakti sekian lama akan dilupakan. kata mudah, kita dinamik! heheh...