Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

03 Ogos 2008

Penat dihiasi suka

Masa aku tulis lembaran kali ni, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Mata aku tak dapat tidur. Lepas habis kursus intensit BSMM (Sabtu, tamat jam 5.30), aku terus tidur sampai tengah malam. Penat sangat. Memang sangat penat. Walaupun aku penat sangat, tapi aku merasakan suatu kepuasan yang tak terhingga. Aku rasakan objektif yang ingin aku capai melalui kursus yang aku cadangkan ini telah tercapai. Aku katakan kepada semua ahli BSMM, "Untuk menjaga maruah dan 'kemaluan' kita semasa perkhemahan lepas cuti nanti, kita perlu korbankan hari Sabtu kita bersama2." Dan setinggi2 syukur dipanjatkan ke hadrat Yang Esa kerana semuanya berjalan dengan lancar. Semua ahli memberikan kerjasama yang diharap2kan. Akibat dah tidur sampai tengah malam, mata aku pun segar sampai saat aku menukilkan lembaran ini. Ketika ini, aku juga sedang menonton siri drama Korea, "Snow Queen".

Apabila kita menerima sesuatu yang cukup manis, indah dan bererti, sepastinya kita akan merasa sangat bersukacita... Entah kerana apa, aku merasa cukup gembira apabila aku menerima satu panggilan daripada seorang teman yang sudah aku tunggu sekian lama tepat jam 12 tgh mlm, dan mungkin kerana itu, mata aku masih segar ni. Aku dan teman aku ni, sebelum ni memang tersangatlah akrab, umpama belangkas. Tetapi, disebabkan oleh seekor jalang, hubungan kami renggang. Aku rasakan sudah lebih sebulan aku dan temanku ini tidak bertegur sapa. Cukup sedih bila aku kenangkan peristiwa ni. Bagi aku, teman aku ni sudah aku anggap seperti sedarah sedaging aku. Tapi, apakan daya, Tuhan memberi dugaan dalam hubungan persahabatan ini. Aku seringkali berdoa agar hubungan aku dan teman aku ni, akan kembali seperti dulu. Panggilan yang aku terima pada jam 12 tengah mlm ni tadi, akan aku kenang tak kira masa.

Kepada temanku itu...
Mungkinkah kerana ego kita akan berduka? Atau mungkin kerana terlalu menjaga status, kita menjadi ego? Aku merasa cukup bersalah kepada kau kerana aku terlalu ego. Maaflah... Aku cuba untuk melupakan peristiwa 'hitam' yang berlaku yang melibatkan orang yang telah mencalarkan persahabatan kita, tapi apabila aku kenangkan kembali, sepastinya aku merasa tersangat geram. Mana tidaknya, aku tidak pernah melakukan kesalahan yang digembur2kan itu, namun aku dipersalahkan. Tidakkah itu tindakan yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya atau dalam kata mudah tidak adil. Aku memang teringin sangat nak tegur kau, nak berborak dengan kau, terlalu banyak yang aku nak kongsikan dengan kau, macam sebelum ni, tapi entah kerana apa, hati aku masih merasa merajuk. Em, aku harap kita boleh balik macam dulu... Aku sayangkan persahabatan kita, dan aku harapkan sangat ia akan kekal sampai bila2...
Tapi, apa yang pasti, setelah menerima panggilan balas dari kau, aku merasa akan ada suatu sinar yang akan menjernihkan hubungan kita yang pernah keruh. Walaupun aku penat sangat hari ni, kau telah membuatkan aku suka. Terima kasih banyak... :-)

4 ulasan:

Niewa berkata...

salamzzzz...
heran la bila komen xmasok...nape ek?
no hal la...sblm 2, maaf la kiranya komen kali nie xpjg n xmmuaskan ati.. kekurangan mood hari nie mmbuatkn akal xdpt menjalankan fungsinya dgn baik...merapu pulak da...
ok..berbalik pada topik..mahu jgak rasanya join bbsm...arap ada la kesempatannya nanti..
topik 2, best kan ada teman akrab..teman yang ada pabila diperlukan, teman yang boleh berkongsi masa2 suka dan duka...aku punya teman sebegini..membuatkan aku bertahan hingga kini..
namun begitu, pernah kah saudara pemikir mempunyai teman ketawa... ku pun punya teman ketawa..teman ketawa yang terus ketawa pabila kita gembira...dan terus ketawa pabila kita derita...ketawanya tidak akan berhenti..apa yang hebat, pabila teman ketawa menyediakan pisau dan bersedia untuk menikam kita dr belakang...
mungkin ku insan yang xbdaya...hanya mampu berdoa agar insan ini akan berubah...sayonara...

aNak GenTa berkata...

w'salam... em, yalah heran juak... maybe, xdisend kali, atau sending fail coz line tenet ya...
join lah kelak mun da peluang k... bsmm best ba...
kawan ketawa dan derita? em, sang pemikir ada teman sedemikian... apabila ditikam, baru kita kenal sapa teman sapa lawan... so, jgn rasa teruk sgt kalau ditikam dr blkg... hehehe...

kosaerer berkata...

bila baca je "penat dihiasi suka" ni, di akhir pembacaan trus ana terpikir, adakah ana mempunyai teman...? teman dalam erti kata di kala kita susah, dia juga akan setia menemani kita. rasa2nya mungkin ana belum lagi melalui detik2 yg betol2 menyusahkan kot.... hehe
sebab tu tak dapat detect yg mana satu teman. huhu
terasa jeles la pulak dekat tuan punya blog ni sebab ada temannya yang call tengah2 malam. sedangkan ana dalam sebulan boleh dihitung dengan jari kawan2 yg kol. tapi tu bukannya kayu ukuran untuk mengukur keikhlasan hati seorang teman:]

aNak GenTa berkata...

hello nosaer... aku dah berdepan dengan kepelbagaian dugaan sebermula usia aku mencecah 20 tahun. bukan bermakna sebelum itu, tak pernah ada dugaan. tapi, apabila usia makin meningkat, di usia 20 thnlah aku berdepan dengan macam2 dugaan yang memang agak perit untuk ku terima. dah dalam tempoh itu juga lah aku dapat mengenal apa erti kawan dan siapa yang patut aku jadikan kawan. kawan bukanlah untuk suka2... masa aku berada dalam keadaan susah, memang aku sangat perlukan kawan. paling kurang pun, duduk teman untuk meluah rasa... biar terungkai segala keperitan dalam diri. maka akan luaskan segala isi dada dari segala rasa resah duka dan durja...

memang, bukan mudah hendak bertemu orang yang benar2 ikhlas terhadap kita. Sang Pemikir pun rasanya belum ketemu lagi insan yang benar2 ikhlas terhadap diri ini melainkan keluarga sendiri, dan buah kepada hati dari dulu sampai sekarang ni. hehehe...

kalau nosaer keluangan, bolehlah, telefon aku tengah2 malam, insya allah akan aku balas balik panggilan tu... hehehe...