Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

02 Ogos 2008

Kepala yang cantik

Helo... Bertemu lagi dalam lembaran kali ni. Aku cuma nak komentarkan tentang kepala ni. Entah kerana apa, secara tiba2 aku berfikir, bagaimana caranya hendak mengawal kedegilan manusia, menggunakan kaedah psikologi dan verbal, tanpa tindakan fizikal. Em... Kepala yang cantik, bukanlah kepala yang dihiasi dengan rambut berwarna perang, merah atau hijau, tapi seorang yang betul2 bijak dalam menjadi kepala (ketua). Bagaimana nak jadi kepala yang cantik eh? Bagaimana pula ciri2 kepala yang cantik? Tepuk paha, tanya kaki... Kenapa tanya kaki? Sebab kaki yang menjadi punca kepada ke mana hala tuju kita.

Aku selalu ingatkan kepada diri aku sendiri, sebelum aku mengambil peranan sebagai kepala, aku akan bercakap pada diri sendiri, dengan bayangan bahawa aku bercakap kepada sejuta orang manusia, "Sila lihat jari jemari saya, ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang kurus, ada yang gemuk. Tapi, apabila saya genggam jari jemari saya, yang panjang, pendek, kurus dan gemuk, tidak dapat dibezakan lagi. Yang ada cuma satu genggaman, satu kekuatan." Itulah prinsip kepimpinan yang aku amalkan. Aku tak suka menjadi pemimpin secara bersendirian. Bagi aku, semua orang layak untuk menjadi ketua/pemimpin. Justeru, kalau ada kerja berkumpulan, aku tak suka menjadi kepala yang membuat kerja sendirian. Dan, aku tidak akan mengabaikan sebarang ide orang yang dikepalai, andai belum bercanggah dengan prinsip asas rasional pemikiran normal. Satu pantang aku, aku tak mahu bersusah payah sendirian. Andai aku menjadi kepala, sepastinya, semua ahli akan penat dan merasai pekerjaan. Jangan harap untuk berehat. Biar sama2 penat, kerana kita satu genggaman.

Resam kepala yang cantik, akan ada orang bawahan yang tidak menyenangi kita. Tapi, aku berpegang kepada satu lagi teori yang mudah... Aku bukan makhluk sempurna, jadi aku takkan dapat memuaskan hati semua orang. Dalam segugus anggur, akan ada sebiji atau dua biji anggur yang buruk, berulat dan tidak boleh dimakan. Dianalogikan kepada, dalam satu kelompok manusia, akan ada golongan yang tidak boleh dipakai, perosak, pengacau dan pengundang perpecahan kumpulan. Mudah saja, orang sebegini perlu sentiasa dalam perhatian. Jangan biarkan sebutir buah yang berulat ini meracuni buah2 yang lain. Usaha sebagai ketua, kita racuni buah2 yang bagus itu dengan keindahan kerja dalam satu genggaman agar tidak terikut dengan yang berulat tadi.

Paling panas, apabila ada ahli yang akan sentiasa mengata di sebalik tabir. Ingat, inilah kelompok pemain wayang kulit yang dungu. Sudahlah bermain wayang kulit, tidak kelihatan mukanya, dungu pula tu. Em, memang loser lah. Golongan sebegini, lebih baik diabaikan saja, dan kalau ada peluang yang baik, tembak dengan kata2 pedas, supaya hatinya luluh seperti hati lembu yang disalai. Bijak mengata perlu bijak bila dikata. Bila satu atau dua biji buah ini dikata, mana mungkin mereka boleh menang dalam perdebatan dengan kepala yang disokong sebahagian besar ahli kumpulan. Oleh itu, kepala yang cantik perlu mempunyai kekuasaan dalam kumpulan agar mempunyai penyokong yang majoriti, sentiasa.

Pasti pengunjung Sang Pemikir hairan, kenapa tiba2 'anakgenta' berbicara mengenai isu ini hari ini. Satu saja, untuk membuka ruang fikir pembaca. Agar semua orang paham resam menjadi ketua, jangan mudah jatuh bila tidak disuka orang yang dipimpin, kerana itulah resam asas kepala. Golongan minoriti itu, takkan pernah menang, so, rilekslah... Hehe... Apa yang penting, nak lihat seseorang kepala itu bijak dalam mengawal pemikiran dan mempunyai psikologi kepimpinan yang mantap, tengok sahaja kepalanya. Kalau tidak memuith, bijaksanalah teknik kepimpinannya. Kalau memutih, sepastinya, teknik psikologi kepala itu terpesong sedikit kot,... Itu inferens Sang Pemikir. Renung2kan... Harap kita jadi kepala yang cantik...

7 ulasan:

awien berkata...

salamzzzzzzzzz...........
so, tema kali tok kepemimpinan la hooo?
mun dlm sesebuah organisasi, kmk xsuka jadi pemimpin..
sbb pemimpin tugas nya berat..takut xtertanggung..kmk suka jadi org biasa... tp bila dlm kumpulan kerja...kmk suka jd pemimpin...sbb prinsip kmk hanyalah satu iaitu kerja yang berkualiti dan memuaskan...kdg2 sbg pemimpin kita perlu berkorban...kedak kmk, mun dlm kumpulan..bila da jd ketua ya, bila kmk xpuas hati dgn kerja my group, kmk akn polah scara sendirian...supaya hasilnya memuaskan..jadi terpaksalah menghabiskan waktu2 yang sepatutnya,manusia sedang nyenyak diulit mimpi..utk polah kerja2 kump...pengorbanan namanya...tapi ya la tek..bukan senang utk puaskan ati...biarlah susah aslkn hasilnya bagus...
bila kita jadi ketua tok..kita mesti bersiap sedia utk x disenangi...kira perkara biasa da ya...lumrah manusia la ya...xblh nampak org lebih ckit...so, da xeran...wlaupun kita xda jawatan, tetap juak ada org xsuka kita...xdpt lari dr suma ya...apatah lagi jd ketua, na x?
apa yg paling pantang bila kmk jd ketua kump adalah ahli yang tidur...xda effort mok polah keja...amik nama jak pande..ahli yg tidur tok patut dibuang ke laut...sak lemas or kenak mkn buaya..padan muka...hehehe..jaik alu jak...xhal..skali skala..mun benar,xhal juak...tp nang mena la..org laen penat2 polah keja..nya dpt nama..patut x?
pasya...bagi ahli yg mengata di belakang tabir...adoh, tok susah kit nak detect...bukan pa, nya mengata belakang tabir bh..bukan nampak...ahli2 pitowk salunya berjiwa hipokrit...depan bermuka manis..belakang dicucuknya ahli2 laen ngan padah keburukan kita...xboleh harap na juak eh...kenak la ngan manusia pia...cpu nya ada problem kot...
ok la, ckup la stakat towk lok... bukan apa...mun pjg glak lak...laen jadi....mcm2 mok dicrita sbenany...p..mata towk..ngco...maok tdo...bukan pa...penat ptg tek xilang gk.... besa la ya....ok....?
bubye

aNak GenTa berkata...

tq for perkongsian idea... p, cgek part yang maybe boleh diimprove. janganlah sampey berkorban kedirik, sorang2 semata2 nak polah keja yang bgs, ya bkn cara yang bgs bha... jangan susahkan diri sbb orang lain bha... memanglah untuk kita juak sb kita dalam grup ya, tapi, keadilan bah. polah la sm2...

awien berkata...

aok...nang cara ya xla bgus glak...tp maok polah piney..ya la satu2nya jalan utk memuaskn ati kedirik....

aNak GenTa berkata...

lakukan yang terbaik untuk diri sendiri... pasti bahagia.. :-)

nosaer berkata...

ketua...
somebody yang diamanahkan untuk memimpin. bukan semua orang boleh memimpin. rasanya orang yang berkarisma atau aura ja yang boleh memimpin sebab kebolehan mempengaruhi amat penting bila dah jadi ketua. tapi karisma dan aura tu MUNGKIN boleh dilatih. dari situ baru la orang2 bawah mau ikut apa yang kita arahkan dan rancang. tapi yang paling penting, jangan sampai orang bwh hilang rasa hormat dan kepercayaan. bila tu berlaku, kerjasama takkan dapat terjalin. akan timbul orang2 yang akan cuba mempertikaikan keputusan kita. kalau nak memperelokkan keputusan kita takpa la jugak. apapun, memang susah nak puaskan hati semua orang. apa yang seorang ketua perlu buat, bersikap lah adil... meletakkan sesuatu pada tempatnya :]

nosaer berkata...

ketua...
somebody yang diamanahkan untuk memimpin. bukan semua orang boleh memimpin. rasanya orang yang berkarisma atau aura ja yang boleh memimpin sebab kebolehan mempengaruhi amat penting bila dah jadi ketua. tapi karisma dan aura tu MUNGKIN boleh dilatih. dari situ baru la orang2 bawah mau ikut apa yang kita arahkan dan rancang. tapi yang paling penting, jangan sampai orang bwh hilang rasa hormat dan kepercayaan. bila tu berlaku, kerjasama takkan dapat terjalin. akan timbul orang2 yang akan cuba mempertikaikan keputusan kita. kalau nak memperelokkan keputusan kita takpa la jugak. apapun, memang susah nak puaskan hati semua orang. apa yang seorang ketua perlu buat, bersikap lah adil... meletakkan sesuatu pada tempatnya :]

aNak GenTa berkata...

menarik... cetusan nosaer memang benar cukup...

"meletakkan sesuatu pada tempatnya", ya itulah hakikat nilai seseorang ketua yang sebenarnya. recently, nilai ni semakin kurang diamalkan. tidak hairan kerja Badan Pencegah Rasuah semakin banyak dari hari ke hari.

satu lagi, aura dan karisma... em, memang sagat perlu kalau nak jadi ketua. aku pernah terkedu dan terkesima apabila beberapa orang teman bagitau aku, bahawa aku ada aura. aura ketua... aku pun tak tahu sangat, belum tengok diri sendiri menjadi ketua. ya, memang perlu orang bawahan hormat ketua, kalau tak sapa nak dgr ketua tu... hormat tu, boleh dalam pelbagai bentuk... bila orang dapat ikut kata kita, jelaslah orang hormat kita... kalau kata2 kita pun dah x diikut, say gud by to ur leadership... teruskan berfikir, kerana ketua perlu rajin berfikir...

fikiran pemikir berfikir