Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

30 Julai 2008

Membantu orang di mana-mana dan bila-bila masa

Bulan sabit merah di malaysia

Giat berjasa untuk negara

Tidak kira kaum dan agama

Waktu aman atau bahaya

Di mana jua adanya sengsara

Di sana ada kita

Di darat dan laut kita bersedia

Walaupun diancam bahaya

Bulan sabit merah gerakan sedunia

Membantu semua yang menderita

Badan sukarela berkhidmat

Dengan tabah dan bersemangat

Demikian bersemangat dan kentalnya jiwa seorang ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Akan cuba untuk membantu sesiapa jua yang sedang dalam kesusahan terutamanya kecemasan. Misi utama seorang ahli BSMM ialah untuk memberi pertolongan awal (first aid) kepada orang yang berada dalam kecemasan sebelum pakar perubatan tiba. Dala erti kata yang lebih mudah, ahli BSMM adalah hero di awal cerita, yang memastikan heroin hidup atau tidak dengan kehendak Yang Esa.

Aku sudah menyertai BSMM sebermula usia 13 tahun (tingkatan 1) lagi. Pada peringkat persekolahan rendah, aku seorang ahli tetap Pengakap. Tapi, entah kerana apa, minat kepada Pengakap mulai pudar semasa melangkah ke persekolahan menengah. Mungkin, kerana tiada mendapat manfaat yang diidam2kan dari penglibatan itu. Sebenarnya, semasa usia ku di peringkat anak yang masih dungu, ayah selalu berpesan: "kalau dah besar nanti, jadilah doktor ya nak?" Malang seribu kali malang, aku amat tidak meminati Mata Pelajaran Sains. Aku pun tak tahu kenapa... Membosankan barangkali. Ataupun teori yang sukar untuk aku percaya. Aku sebenarnya sejenis insan yang amat sukar percaya kata-kata manusia yang belum pernah aku temui... Umpamanya, ada teori kata, dalam badan manusia ada berjuta-juta sel, atau ada teori yang lebih spesifik yang katakan dalam badan manusia ada, 899999999999 sel (contoh, aku pun xtau berapa). Macam mana mereka kira eh? Ha, itu yang aku xpat nak caya sgt tu, dan automatis minat pada Sains pudar seperti dicuci Clorox.

Justeru, amat sukarlah aku nak mencapai cita-cita ayah tercinta kalau aku tak minat Sains. Ambil langkah mudah, aku berkecimpung dalam dunia BSMM, sekurang2nya mengetahui sedikit sebanyak perkara berkaitan kedoktoran, walaupun terlalu asas... Bak kata orang, lebih baik ada daripada tak ada langsung.

Apabila aku berkecimpung dalam BSMM, setinggi2 syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi, kerana persatuan yang paling aktif di sekolah aku adalah BSMM. Hehehe... Bertuah Sang Pemikir ni... Huhu... Dan sehingga aku masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) aku masih lagi ahli setia BSMM, dan juga Pengerusi BSMM. Moga2 aku akan beroleh sebanyak mungkin manfaat daripada penglibatan ini untuk kemudahan di kemudian hari.

Hari Sabtu ni, akan diadakan Kursus Asas BSMM kepada semua ahli BSMM IPTAR. Lanjutan perkara seperti berikut:

Tarikh: 2 Ogos 2008 (Sabtu)

Masa: 7.30 am hingga 6.00 pm

Tempat: Dewan Sri Samarahan, IPTAR

Makanan ada disediakan, jangan risau, perut anda takkan kelaparan. Walaupun ada ahli persatuan lain yang dengki melihat aktiviti persatuan kita yang aktif, jangan gusar OK? Hahaha... Moga2 kita akan beroleh manfaat daripada kursus ini.

Cuba bayangkan, apabila kita berada dalam kecemasan yang teramat sangat, dan kita perlu berjumpa dengan doktor, atau pergi ke klinik/hospital, di mana saat itu, ahli keluarga kita sakit dan memerlukan rawatan segera contohnya, tetapi, satu klinik atau hospital pun tak buka. Doktor dan pakar pun tak ada di kawasan itu. Apa yang akan anda buat??? Nangis? Atau...?

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salammmzzzzzz...
nang best pbsm...
kmk penah join..tp sekolah rendah..
kmk ingat...kmk penah nyanyi lagu pbsm ya....tp masok skolah menengah...kmk try mok join..tp oleh sbb, pbsm tok memerlukan baju uniform selengkapny...kmk tpaksa la kuar dr pbsm...kmk xmampu beli baju uniform ya...nang mok glak join...tp apakan daya...xmok nyusahkn org tua...byk adik2 yg pake duit...kesian dak mak bpak tpaksa penat2 carik duit...wktu ya dak kakak n abg pun lom keja...suma gk blaja kat ipta...jd dipendam la hasrat mok masok unit beruniform...
rupa2ny ada juak org kedak kmk....bpak kmk tlampau berhasrat glak nyuruh kmk masok jd nurse..kmk bukan apa xmaok nurse...kmk nang xbrapa suka matapelajaran sains...ntah la...ada ngok ckit...da la form 4 n 5 dipaksa masok kelas sains..pure sains...tpaksa bthn... masok nurse...gila la belajar sains agk...nasib juak dpt cikgu...alhamdullillah...

aNak GenTa berkata...

reply to:
>>salammmzzzzzz...
nang best pbsm...
kmk penah join..tp sekolah rendah..
kmk ingat...kmk penah nyanyi lagu pbsm ya....tp masok skolah menengah......
nasib juak dpt cikgu...alhamdullillah...<< pengunjung setia

yes, memang best jadi pbsm. membantu orang bah... moga2 akan dibantu orang juak di lain hari. kita hampir serupa lah tek o... em, jadi cikgu, pun cikgu lah... harap2 xlah cepat lejuk dengan kerjaya cikgu tk eh... sama juak prinsip nya, membantu orang di mana-mana dan bila2 masa eh...
hehehe....
saya bangga menjadi guru!
aie... x jawab pun persoalan dalam post tk ow... at the end of the post..

Tanpa Nama berkata...

aie...perlu jwb ka?
hehehehe
saya pun bangga menjadi guru...dlm komen kali tok..juz share pgalamn bh....hihihihh...boh manas mun ny pjg glak...

aNak GenTa berkata...

reply to:
>>aie...perlu jwb ka?
hehehehe
saya pun bangga menjadi guru...dlm komen kali tok..juz share pgalamn bh....hihihihh...boh manas mun ny pjg glak...<< pengunjung setia

jawablah ho... mok dengar idea u... persoalan tk tek bah...
"Cuba bayangkan, apabila kita berada dalam kecemasan yang teramat sangat, dan kita perlu berjumpa dengan doktor, atau pergi ke klinik/hospital, di mana saat itu, ahli keluarga kita sakit dan memerlukan rawatan segera contohnya, tetapi, satu klinik atau hospital pun tak buka. Doktor dan pakar pun tak ada di kawasan itu. Apa yang akan anda buat??? Nangis? Atau...?"

Tanpa Nama berkata...

apa yg akn kmk polah...mun dlm situasi pia....hmmm...susah bh...
susah mok jwb... kmk asa kmk akn try la...sdaya yg mampu...utk keja2 mnyelamat...tp susah juak..kmk xda ilmu lam perubatan...xhal la...kol bakal abg ipar...sroh ny dtg nolong..ny nak ka doktor.... nang bidang ny... hahaha..menjwb x?
ktk tok nyuroh kmk menjwb tok...kdak maok promote PBSM jak... saat2 kecemasan, pbsm la antara org penting... daknya tok mampu bertindak waktu2 kecemasan dgn segala ilmu bantuan cemas yg ada....
eh, bila mekorg tok bole masok unit beruniform aaa?

aNak GenTa berkata...

reply to:
>>apa yg akn kmk polah...mun dlm situasi pia....hmmm...susah bh...
susah mok jwb... kmk asa kmk akn try la...sdaya yg mampu...utk keja2 mnyelamat...tp susah juak..kmk xda ilmu lam perubatan...xhal la...kol bakal abg ipar...sroh ny dtg nolong..ny nak ka doktor.... nang bidang ny... hahaha..menjwb x?
ktk tok nyuroh kmk menjwb tok...kdak maok promote PBSM jak... saat2 kecemasan, pbsm la antara org penting... daknya tok mampu bertindak waktu2 kecemasan dgn segala ilmu bantuan cemas yg ada....
eh, bila mekorg tok bole masok unit beruniform aaa?<< pengunjung setia

em, nak promote juak sebenarnya. tapi x lah ya tujuan utama.

kmk tiba2 tepikir akan situasi ya bila kmk nangga orang nutup klinik kat desa ilmu ari marek. kmk terpikir, mun masa ya ada ahli kuarga kmk perlukan bantuan pakar dalam kadar yang segera, tapi semua klinik hospital n pakar xda, n kmk cuma tauk bantuan asas mula jak... alangkah cemas nya time ya, kmk asa kmk cuma dapat nerais jak eh... melihat penderitaan dan kesakitan ahli keluarga ya eh... nauzubillah...

Tanpa Nama berkata...

owh..patut la ada soklan kedak ya...
kmk tok...mun dikirakn salu nebes mun time2 cemas...
nangis...?
xmungkin kot...ntah la...
kdg2 kmk dpt rasa ksakitan org...ntahla maok padah piney....tapi nang mena la...sapa yg dekat ngan mek akn tauk piney...

aNak GenTa berkata...

reply to:
>>owh..patut la ada soklan kedak ya...
kmk tok...mun dikirakn salu nebes mun time2 cemas...
nangis...?
xmungkin kot...ntah la...
kdg2 kmk dpt rasa ksakitan org...ntahla maok padah piney....tapi nang mena la...sapa yg dekat ngan mek akn tauk piney...<< pengunjung setia

soalan ya memang akan ada isi tersirat dan punca tersirat. seperti yang terpampang, u are in Sang Pemikir site... banyak pemikirannya bah... hehehehe... bg kmk, nak lihat sifat orang ya, tengok gney rupanya masanya cemas...

Tanpa Nama berkata...

mena ya...waktu ya xpat pura2 bh nak....?

aNak GenTa berkata...

reply to:
>>mena ya...waktu ya xpat pura2 bh nak....?<< pengunjung setia

tau xpe... ingat, kepura-puraan membawa kehancuran...
kehancuran mengundang kecelaruan dan ketidakstabilan...

Tanpa Nama berkata...

aie...mun kmk celaru knek tok..kmk tgh bpura2 la?

aNak GenTa berkata...

reply to:
>>aie...mun kmk celaru knek tok..kmk tgh bpura2 la?<<

tepuk dada tanya minda... maybe b4 tk ada... hahah

Tanpa Nama berkata...

sabar jak nengar

aNak GenTa berkata...

sabar itu kan separuh daripada iman....