Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

13 Februari 2008

Saat Detikan Jiwa

Jangan Mudah Percaya


 

Dentuman muzika di sunyi petang

Mengisi keguruhan hati

remuk, tak puas, sakit, kecewa, durja, duka.


 

Teman sebulu – musuh terkeparat, terhina

Jangan beriman pada kebaikan insani

tiada indah

tiada manisnya

Indah atau manis di kala riang.


 

Jangan termakan racun – setaraf pembunuh rumpai ini

Kerna mampu

    membocor mata

    melapah hati

    melumat rasa

hingga terkelu lidah


 

Sekuat mana pun muzika

tak mampu menghibur hati luka

mudah bicara – jangan mudah percaya


 

Tigris

Kota Samarahan, 2008-01-29


 

Bijak


 

Pelayaran kehidupan memang memenatkan

Memberi sejuta ilmu tiada kesudahan

Terkelihatan kemanusiaan manusia bilamana

    terpapar kejahilan

    tertunjuk kedengkian

    terjelas kepentingdirian

Aku harus kuat

Harus ampuh menampung segala ketidakseronokan dari ini itu.


 

Perjalanan memerlukan ketenangan akal fikir

Jangan mudah berharap

Jangan mudah ditanggung harap

Nanti diri merana.


 

Fikiran mudah diatur

Andai bijak mengatur

Dan tersusun aturan tanpa sebarang salahatur.


 

Fikir akan yang hijau, biru

Untuk ketenangan gembira

Biar yang hitam, merah

Berlalu tanpa kepedulian

Biar bersemi sendirian

Nescaya tiada kesalahaturan dalam fikiran.


 

Bermadah cukup mudah

Mengerja pun mudah

Andai bijak, bijak, itu sahaja...


 

Tigris

Sarikei, 2008-02-03


 


 


 

Ketakutan


 

Kegerunan sesama insan

Terkadang mengundang penglihatan kepada kebodohan

Kegerunan, ketakutan, ketidakberanian

Pasti bermusabab.


 

Bagaimana bisa ketakutan ini akan pudar

Andai tiada rasa keberanian menerpa

Tiada kejituan rasa melawan di jiwa.


 

Benar, memang cukup benar

Sekali terkena, selama terasa

Sekali terluka, berkali-kali pedihnya

Sekali ketakutan, mungkinkah akan selama jua ketakutannya?


 

Tigris

Sarikei, 2008-02-04


 


 

Berteman


 

Keseorangan

Menyukarkan keseronokan

Namun terkadang memberi seribu ketenangan

Itulah kemanusiaan


 

Rasanya berjuta

Inginnya berbandung-bandung

Jiwanya berbelang warna


 

Bukan seperti yang berkaki empat

Atau yang bisa terbang

Atau yang bisa bertelur

Atau yang bisa merangkak dan melompat lama

Atau yang bukan insani

Yang fikiran dan rasanya

Acap kali serupa

Sepanjang masa

Dan ini jugalah yang menamakan insani ini

Lengkap dan serba unik ciptanya.


 

Tapi, insani dan lelainnya ada keserupaan

Ada kesamaan

Kendatipun berbeza rupa

Sungguhpun berlainan usulnya.


 

Yang serupa

Sama tiada bezanya

Ingin berteman

Tiada kemahuan berseorang

Sepanjang masa... unik...


 

Tigris

Sarikei, 2008-02-04


 

Penyeri


 

Lentok, longlai, layu, lesu

Kantok, gemalai penyeri muka


 

Penyeri muka

Pelengkap deria

Pemudah kerja

Nikmat Illahi


 

Bilamana istimewa ini diambil balik oleh Yang Satu

Sukar amat kerjaan

Sukar amat segala

Sukar amat gerakan

Pelajaran tanpa istimewa ini amat perlahan

Biarpun mampu membuat kerjaan segala gerakan

Pasti agak sukar

Besar amat nikmat-Nya


 

Penyeri muka yang ini

Peranan besar fungsi tubuh

Andai yang ini lentok, longlai, layu, lesu

Badan pun kantok gemalai

Lantaran

Mata mengantuk...


 

Tigris

Sarikei, 2008-02-05


 

Murah


 

Kalau murah

Dikatakan tidak bagus

Tiada nilai

Tiada makna

Merugikan kalau dibeli


 

Kalau mahal dan bernilai

Dikatakan teramat bagus

Sempurna

Tiada kurang

Berbaloi


 

***


 

Hati insani

Berapa nilainya

Mahukan yang hati murah atau yang murah hati?


 

Tidak baguskah yang murah hati

Atau mahu pada yang hatinya terlalu mahal, berkira-kira...


 

Tigris

Sarikei, 2008-02-05


 


 

Sudi


 

Umpama nyawa dan badan

Aku sayang akan kamu

Tiada mahu terpisah

Walau seketika


 

Rindu dan sayangku hanya padamu

Tiada dua dan selebihnya

Untukmu saja


 

Jayaku, senangku buatmu jua

Tapi, sedihku entah buat siapa

Tiada yang sudi...


 

Tigris

Sarikei, 2008-02-05


 

Ghasa Kacak


 

Ayu

Cantik

Sempurna

Perfect

Tiada kurang

Manis dipandang

Dalam tutur Sarawak, kacak


 

Berasa

    Ayu

    Cantik

    Cantik

Sempurna

Perfect

Tiada kurang

Manis dipandang

Tuturan Sarawaknya, ghasa kacak.


 

Ghasa kacak!


 

Tigris

Sarikei, 2008-02-05


 

Peraturan Nama


 

Namaku namamu berbeza tempatnya

Tiada kesamaan

Andai sama, sekelumit cuma

Andai sama sekalipun, tiada akan pernah sama tempatnya.


 

Siapalah sangat diri ini?

Betul benar, tiada salah.


 

Manusia sesama tiada ruang tempat hak diletak

untuk mengucap kata dina hina

mengata yang salah itu ini

melainkan Tuhan Yang Satu


 

Tapi, adilkah dunia ini?

Yang berkuasa nama cagarannya

Andai bernama berkuasa jua

Boleh cerca dina kutuk caci atas nama kuasa

Alangkah celakanya peraturan ini...


 

Tigris

Kota Samarahan, 2008-02-11


 

Sinar Gembira


 

Bunga kelihatan berkembang

Burung terbang riang

Siulan sahut-sahutan

Indah amat, tiada pilu.


 

Berbunga hati bak bunga kasturi

Wangi tenang gembira

Sirna sedih gusar

Indah, sungguh indah.


 

Yang diingin kesampaian

Yang dihajat kesampaian

Yang didoa kesampaian

Yang diminta kesampaian.


 

Kesampaian kegembiraan

Kesampaian keindahan

Kesampaian sirna duka

Kesampaian impian jiwa.


 

Terlerai satu beban

Melerai satu dilema

Leraian satu kesukaran

Leraikan satu kegembiraan penuh bermakna.


 

Tigris

Kota Samarahan, 2008-02-11


 

Ketawa Sang Riang-Riang


 

Sepoian bayu menghembut kulit kemulitku

mendingin tubuh menenang jiwa

di kala senja melabuh


 

Berteman teman seteman disuka

suka menyukai sesama

bersama menyama rasa

rasa perasaan berasa girang

kegirangan menggirang segala


 

Indah seindah keindahan segala

Lupa kelupaan melupakan segala

Ingat ingatan teringat segala

Indahan semata


 

Tigris

Kota Samarahan, 2008-02-12


 

Tiada ulasan: