Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

14 Februari 2008

Rondak-rondak Hati

Rondak-rondak hati


 

"kamu ketahuan pacaran lagi..."

Tiada dapat diselindung disembunyi

mata insani senantiasa terbuka

untuk pemandangan duniawi

waima yang mungkar terselindung lagi kan terkelihatan

lagi-lagi ma'aruf yang tersuluh mentari.


 

Hati yang pilu

usah ditapuk-tapuk

disorok sendirian.


 

Tapi sukar jua

tiada siapa mahu

menjadi seperti sibur

yang mencedok air

atas kehendak bukan sendiri

tiada siapa jua yang mahu

mencedok dilema yang bukan sendiri.


 

Biar hati terondak-ondak

sebagai perahu tiada kemudi

asal jangan digelombang hati-hati lain.


 

Tapi hati sendiri terasa terhiris

bilamana kepalsuan terpapar

di balik kelopak mata.


 

Alangkah mudahnya hirisan itu sembuh

bila terjahit oleh pikat pujuk

itulah hati insani mungkin

ada yang mudah panas mudah sejuk

ada yang mudah panas sukar sejuk

ada yang sukar panas mudah sejuk

ada yang sukar panas sukar sejuk

ada, ada, ada...


 

Tigris

Kota Samarahan, 2008-02-14

Tiada ulasan: