Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

19 Mei 2010

Penghargaan

Salam sejahtera semua... Terdetik di akal fikir tema bicara hari ini apabila saya melayari Utusan Online, dengan berita utama berbunyi "Wajib beri cuti sehari dalam seminggu" (19 Mei 2010). Ini jelas memaparkan betapa setiap insan mempunyai hak hakiki untuk senantiasa dihargai di atas keberhasilan yang telah disumbangkan. Demikian juga pada fikiran saya dengan situasi saya sendiri sebagai insan lemah dan hina di fana ini. Falsafah 'memberi dan menerima' perlu sentiasa dipegang kejap dalam diri agar dapat menjadi seorang manusia seperti pandangan Carl Rogers terhadap manusia, yang mana manusia mempunyai potensi untuk bersifat positif. Diri kita sendirilah yang mendorong potensi tersebut.

Terkadang, saya acap terfikir dan berfikir bilamana berpeluang mendapat nasib yang kurang elok apabila bertemu dengan insan-insan yang lemah nilai menghargai dan dihargai. Dengan demikian, terbitlah pertanyaan monolog, "Kenapa ada juga yang sedemikian rupa?". Pertanyaan ini saya jawab sendiri di atas dasar untuk menyedapkan hati sendiri dengan frasa, 'itulah kepelbagaian individu'.

Namun, saya tetap sedar dan percaya bahawa tiada perasaan yang lebih indah dan bahagia melainkan bila kita mampu menggembirakan orang lain. Bagaimana? Hargailah orang lain seadanya.

Gambar di sebelah berkisar tentang hadiah daripada seorang insan sempena ulangtahun saya yang lepas. Dengan hati yang cukup ikhlas saya menerimanya dengan penghargaan yang takkan berbelah bahagi...

2 ulasan:

aziera berkata...

Salam sejahtera dan salam hormat buat penulis.

Sesungguhnya setiap penghargaan kepada pemberian seseorg amat bermakna ertinya. Justeru simpan ianya sebaiknya walau di mana berada dan jagalah ianya sebaiknya sebagaimana anada menjaga diri sendiri. Jadikan pemberian seseorang sebagai satu kenangan yang abadi dalam diri anda.

Wassalam.

aNak GenTa berkata...

Salam mesra dari Perakaman Pujangga...

Aziera:

Saya cukup percaya bahawa penghargaan hanya dapat direalisasikan dengan penerimaan secara terbuka dan keikhlasan menerima serta kesediaan untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga di atas sebarang pemberian yang telah diberikan.

Bicara mengenai status nilai atau harga pemberian bukanlah menjadi agenda utama. Yang paling penting pada saya adalah keluhuran jiwa untuk menerima dan memberi penghargaan bukan sekadar dengan ucap di bibir, tapi utuh di hati.

Apabila pemberian mendapat penghargaan dalam diri saya, kerapian dalam menjaga suatu entiti kenangan itu tidak akan pernah tergugah. Percayalah...

Salam mesra.