Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
- Pertama dan selamanya, syukur ke hadrat-Nya kerana masih lagi dihidupkan di dunia yang penuh dengan keindahan ini. Sekian lama menyepi tanpa berita - bukan kerana ketandusan ide, tapi langkah pencegahan daripada timbul perkara-perkara yang tidak menyenangkan akal fikir diri dan orang lain.
- Hari ini, usiaku genap 23 tahun 2 hari. Ulangtahun kelahiran baru sahaja dikongsikan bersama insan2 istimewa dalam hidup seorang pengembara solo yang berkelana di Serian. Sekitar suasana ulangtahun boleh disaksi bersama mengikut pautan Birthday 2010. Moga terus dipanjangkan usia oleh-Nya dan diberkati selalu.
- Sebagai mengakhiri, dikongsikan bersama puisi coretan sempena hari guru untuk tatapan umum dan penghayatan bersama.
Ku teringat kata pujangga
dan benar aku sendiri percaya
tidak akan ku kenal nikmat hidup berilmu
tanpa hadir seorang guru.
16 Mei berlalu sudah
tarikh keraian seorang guru
di kala 16 Mei bertandang sahajakah perlu ku kenang seorang guru?
di kala 16 Mei bertandang sahajakah perlu ku ingat peri penting seorang guru?
di kala 16 Mei bertandang sahajakah perlu ku julang jasa seorang guru?
di kala 16 Mei bertandang sahajakah baru ku ucap ‘Terima kasih cikgu, jasamu ku kenang’?
Jasa guru tiada pernah noktahnya
bermula tatkala ku kenal A B C, 1 2 3
hingga ku bisa menggalas segulung ijazah.
Aku berjanji pada diriku
akan ku rendahkan diriku
pada martabat seorang guru
waima ijazahku bergulung-gulung
waima namaku ditabik dengan doktor mahupun profesor
akan ku tetap agung puja
jasa seorang guru
yang pernah mendidik ajarku
walaupun namanya diselit kata ‘cikgu’ Cuma.
Guruku
sedetik wajahmu muncul dalam diam
bukan hanya di kala 16 Mei bertandang
sentiasa ada kerdipan
sentiasa ada sinar
terima kasih aku ucapkan
siapa aku tanpa dirimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan