Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

10 Januari 2009

Menitis lagi

Aku amat berharap, tiada lagi titis air mataku yang gugur pada tahun ini.

Cukup tinggi harapan yang aku sasarkan. Rupanya aku belum cukup kuat untuk menahan titis air mata ku yang asyik mengalir selepas pemergian arwah mak dulu.

Pagi tadi, di waktu rerintik hujan turun, aku dan teman2 sekelas pergi membuat lawat ziarah ke rumah cikgu kami yang banyak bersama dan membantu kami dalam pelajaran. Takdir Tuhan Yang Maha Kaya, dari keceriaan yang diserikan dengan tubuh sihat cergas, kini diubah sedikit kepada tubuh yang cengkung dengan kesayuan kelihatan di anak matanya.

Sederap aku melangkah ke dalam rumahnya, hatiku cukup sayu. Sedih amat melihatkan kesakitan jasmani dan rohani yang dialami oleh cikguku itu. Lantas, aku pohon untuk meminjam bilik mandi seketika. Bukan untuk sebarang 'urusan segera', tapi menitiskan air mata yang memang cukup pintar keluar dari alurnya tanpa aku inginkan. Mungkin kerana terlalu kerap melihat derita sakit orang sebelum ini, aku cukup mudah terasa akan derita sakit orang lain. Lantaran tiada lagi orang tua di dunia bersama, memang cukup sedih bila melihat warga seusia arwah orang tua berada dalam derita sakit. Sepanjang berada di rumah cikguku itu, aku berdoa di dalam hati, mudah-mudahan dia akan dikurniakan barakah dan nikmat untuk kesembuhan dengan cepat. Amin ya Rabbal Alamin...

Apabila kita dapat merasai perasaan sedih dan derita orang lain dengan ekspresi fizikal dan mental yang kita lahirkan, kita akan mudah insaf akan kelemahan yang memang kita simpan dan ada selama ini. Fikir2kan...

Tak sangka, hari ini ia menitis lagi. :-''(

2 ulasan:

annisa89 berkata...

u..ilek la..i know what u feel but i dont how is it feel.. tp u mesti teruskan hidup u.. don let those things ruined the flow of ur life.. make sure u tauk byk benda nunggu u kat depan nun..bukan depan blok b or depan gate maktab..tp di hari muka..chewahh..bah..mun da masa ronggey2..hehe

aNak GenTa berkata...

ok... ronggey2 memang pasti. hidup mesti ceria dan gembira, tp jangan plak sampai tak merasa sedih melihat kesedihan orang... hehe