Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

06 Ogos 2008

Tak terfikir Sang Pemikir

6 Ogos 2008, Rabu

Helo... Apa tanggapan pertama pembaca Sang Pemikir apabila membaca tajuk aku kali ni? Adakah anda beranggapan Sang Pemikir ada masalah? Atau mungkin Sang Pemikir buntu akan sesuatu? Atau boleh jadi, Sang Pemikir sudah putus asa untuk meneruskan kerjayanya, iaitu berfikir? Kalau demikian tanggapan kalian, kalian silap. Apa yang aku nak keutarakan kali ni, juga melibatkan isu2 pemikiran dan kehidupan, yang sepastinya akan membuka lebar pemikiran anda semua... Jangan risau, fikiran pemikir tetap berfikir... :-)

Lebih baik aku coretkan perjalanan hidup aku hari ni. Hari ni penuh keceriaan dan 'tanda tanya' kepadaku. Aku menghindar dari sesuatu hari ni, atas alasan sakit perut... Hahaha... Malas sebenarnya. Huhu... Jauh2kan lah sakit perut tu. Sebelah petang aku menikmati keindahan alam serta meneroka keindahan alam yang mikro dan jarang dihargai dan dipertontonkan, bersama teman2 akrabku. Alangkah indahnya alam, bila melihat semut2 berlumba2 masuk ke dalam busutnya, alangkah indahnya alam bila berpeluang melihat sang kumbang bertenggek di pokok2 renek, alangkah indah alam andai semua orang menyedari akan kekotoran alam, dan alangkah indahnya alam andai kegembiraan dan kesedihan dikongsikan bersama. Em, tertanya2? Petang tadi aku dan teman2ku meneroka keindahan alam yang sering dipijak2 oleh manusia. Pernahkah kita melihat dan menghayati erti kehidupan berteman dan kebersamaan? Andai belum pernah, lihatlah kejadian semut ciptaan Tuhan. Sentiasa bersama untuk penghidupan di dalam busut, tempat tinggal mereka. Kebersamaan membawa kegembiraan walaupun mereka tahu akan dipijak2 gergasi2, iaitu manusia tak kira masa. Banyak lagi sebenarnya keindahan yang tak pernah kita sedar dan hargai... Inilah yang tak terfikir oleh sang pemikir betapa banyak lagi benda2 kat muka bumi ini yang indah yang belum pernah sang pemikir lihat dan hargai.

Sesuatu yang gembira akan lebih bermakna bila mana kegembiraan itu dikongsi bersama. Andai perlu ditertawakan, tertawalah secara bersama dengan bersungguh2... Hahaha... Andai ada kesedihan yang perlu dikongsikan, jangan lupa untuk dikongsikan secara bersama. KEBERSAMAAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN. Kita akan merasa bahagia apabila tiada terlalu difikirkan permasalahan dalam pemikiran. Jalan terbaik, carilah teman yang boleh menjadi harapan untuk medan perkongsian. Bagi sang pemikir, sesuatu yang banyak akan berkurang jika dibahagi2kan secara sama rata. Kalau ada sepotong kek, alangkah indahnya detik bila kek itu dikongsikan bersama2 teman2 akrab, tidak kira lah cuma berpeluang memakan secubit kek. Yang penting, sama2 merasa. Sama juga situasinya, kalau ada 'sepotong' masalah, bahagikan masalah tu sama rata dengan cara berkongsi dengan teman2 akrab, biar sama2 semua mendengar dan merasai masalah itu. Kesannya, taklah terlalu berat menanggung bebanan masalah itu sendirian. Tak terfikir sang pemikir andai masalah2 dikumpul dan disimpan sendirian... Banyak bah itu...

Sang pemikir tahu, isu yang paling digemari oleh pembaca ialah isu cinta yang sepastinya melibatkan perasaan. Pernah sang pemikir terdengar seseorang menyatakan, "Jangan bermain dengan perasaan..." Perghhh... Aku rasa orang yang berkata seperti ini, sebenarnya tak tahu apa yang dia cakapkan, seperti alamat2 awal yang biasanya cenderung dilihat kepada mereka yang tinggal 40 hari lagi tu... Heheh... Bagi aku, prinsip dalam percakapan itu sangat mudah, cakapkan apa yang kita faham dan lakukan serta amalkan dalam kehidupan seharian kita. Umpamanya, janganlah bertopengkan kepura2an, bercakap seperti wali, menyeru orang seperti pemerintah terpuji, "Janganlah tengok bahan2 lucah, boleh merosakkan aqidah dan iman", berulang kali disebutkan semasa sesinya, tapi apa yang menyebabkan sang pemikir tak terfikir, sang wali dan pemerintah ini, menyedut salinan bahan2 lucah secara rahsia tanpa memberitahu tuan punya. Ahahaha... Wali pemerintah tak suruh tengok lucah, tapi dia tengok... Tak terfikir betul...

Apa kata anda andai pengorbanan dan rasa kasih anda tak terbalas sepenuhnya. Umpamanya, rasa cinta sepenuhnya terhadap buah hati tak dipentingkan sesungguhnya. Itu perkara enteng... Jangan sedih jangan berduka. Ingat kata2 yang seringkali aku nyatakan, 'dunia ini penuh keadilan, sesuatu perkara pasti akan mendapat tempat yang sepatutnya'. Itulah keadilan, aku dapat, dia akan dapat juga. Andai tidak sekarang, kemudian2 pasti mendapat. Andai kita mendapat kebahagiaan, orang lain pasti akan turut merasai kebahagiaan. Andai kita merasa derita, jangan gusar, itulah penghidupan, penderitaan memang akan dirasai oleh semua orang, kerana dunia ini adil. Waima orang kaya yang berharta akan turut merasai derita. Bahagia dan derita umpama peperiksaan SPM, perlu diduduki untuk berpeluang ke menara gading, semua yang ingin merasai keindahan dunia, perlu merasai keduanya. Jadi, andai anda merasa amat tertekan atas sebab rasa derita oleh seseorang yang bukan atas salah sendiri, janganlah merasa tidak gembira, ingatlah keadilan sudah terpatri di alam fana ini. Tapi, jangan silap faham... Andai rasa tertekan itu berpunca dari diri sendiri, janganlah mengharapkan keadilan itu datang, mudah kata: andai anda menjadi punca pertengkaran dalam suatu hubungan, dan kemudian anda tertekan lantaran pertengkaran itu, jangan berharap yang teman pertengkaran itu akan tertekan juga, anda yang bersalah, salahkanlah diri sendiri... Huhu... Ngerti nggak?

Kelebihan dan kekurangan, semua orang BERHAK memilikinya. Tiada yang sempurna. Justeru, jangan berduka andai memiliki kekurangan yang boleh membezakan anda dengan orang lain. Umpamanya... Aku lihat diri aku sendiri, aku tidak arif bersukan, tapi ramai teman arif bersukan, aku tidak merasa rendah diri langsung... Kenapa? Aku arif bab2 kebahasaan, tapi mereka tidak... Semua ada kelebihan dan kekurangan, syukurilah seadanya. Jangan salahkan Yang Esa andai memiliki kekurangan. Dia Adil. Tapi, sang pemikir tak terfikir andai ada insan yang merasa terlalu rendah dirinya pabila memiliki kekurangan, kerana secara otomatisnya, orang sebegini sebenarnya tidak menghargai kelebihannya! :-(

Isu kedua, hari ini penuh tanda tanya... Pelbagai tanda tanya. Apalah seronoknya memalukan diri sendiri? Tak terfikir sungguh sang pemikir. Sanggup bercetera al-kisah yang akan memalukan diri sendiri, dan sanggup pula melakukan sesuatu yang cukup menjijikkan... Eeee... Harap2 dijauhkan... Ingat, jangan pernah berniat untuk memalukan diri sendiri dengan menceritakan keaiban diri kepada yang lain. Jagalah malu dan maruah sendiri, sebab tiada orang yang akan pernah kisah akan malu dan maruah diri kita, melainkan diri kita sendiri.

Terakhir dari sang pemikir kali ni, ingatlah bahawa "TAHI ITU BERBAU!" Walaupun disimpan di dalam tangki tahi, ia akan tetap berbau kerana tahi memang berbau. Bersamaan dengan perkara buruk yang kita lakukan, akan tetap diketahui orang kerana keburukan itu buruk. Sesuatu yang buruk akan diketahui juga, tidak sekarang, kemudian2 pun akan diketahui andai tidak dijaga dengan sebaiknya.

Sekian, stay cool... Dada...

17 ulasan:

annisa89 berkata...

haha..
tahi itu kalau ditanam ataupun tidak dikeluarkan adalah lebih baik dari dikelaurkan dan dibiarkan pancaindera kita untuk menghidunya.. manusia ini tidak sedar maujudnya kuasa tuhan.. yang boleh mngubah apa sahaja mengikut kehendaknya.. kadang-kadang manusia ini terlalu ikut hati tanpa mengtahui kadang -kadang syaitan yang menumpang di hati mereka itu berlonjak kegembira keranan satu lagi umat adama dapat di sesatkan..malang nya jadi manusia..kalau bisa digoyah sedemikian rupa

Ahmad Fikri Johari berkata...

ha3...teruskan..banyak isi tersirat yg kita perlu carik...x dapat ku nak summary ringkas. gne2 pun, harap2 ada yg fhm teruslah berubah demi imej sendiri...

Ahmad Fikri Johari berkata...

ha3...teruskan..banyak isi tersirat yg kita perlu carik...x dapat ku nak summary ringkas. gne2 pun, harap2 ada yg fhm teruslah berubah demi imej sendiri...

aNak GenTa berkata...

DARIPADA IEDRUS...

>>
Wahai sang pemikir...

Salam dihulur pembuka bicara
salam dihulur penghulu kata
salam dihulur perintis cereka

....
....

U..tak terfikir sang pemikir..kehidupan di dunia ini penuh "isi" ada yang terang-terangan dan juga ada yang berselindung di sebalik kekalutan dunia..

Maha pencipta sungguh Esa bukan?? Dia tahu semuanya..Hanya kita yang jarang menyedarinya..

....
....

Hanya kita yang mampu sedar akan kelebihan dalam diri kita yang bergelar kita sendiri..KITA adalah anugerah yang Maha Esa telah kurniakan..AugerahNya itu tiada tolok bandingnya..Ada istimewanya ada kelebihannya..Daku amtlah setuju perkara itu..Memandang rendah pada diri sendri umpama kita memandang rendah ciptanNYa..

Kita ada harta yg berharga..manfaatkan sebaiknya..jgan sama sekali dipersia..hargai sedanya kita..hanya kita yang memhaminya..
Syukurlah pada Yang Esa

....
....

Berkata-kata adalah ujaran yang perlu kita jaga
Adakah kita terus mahu berpura-pura dalam berkata-kata..PLASTIK NYA..insan yang sebegitu usah dipercaya..hanya indah berkata-kata tetapi tidak dalam melaksana

....
....

Hanya itu saja coretan saya..semoga sang pemikir menerima madah begini dr saya..TQ..

Semoga Sang Pemikir terus berfikir tiada hentinya akan terfikir dengan apa yang kita fikir ia wujud di dunia..

Semoga Sang Pemikir meneruskan karyanya...semoga akan menjadi ikutan..Yg Baik dtg dr ALLH SWT yg lemah dr diri saya sendiri..

TQ sang Pemikir..
WSLM..
<<

aNak GenTa berkata...

annisa...

tangki tahi yang penuh akan memudahkan tahi itu terkeluar dari tempat persembunyiannya... begitu juga keburukan manusia, semakin banyak perkara buruk yang dilakukan, akan semakin mudah tercium keburukannya oleh orang lain. tepat sekali, manusia seringkali berada dalam keadaan separuh sedar... bukan mereka tak tahu, tapi buat2 tak mengerti...

annisa, kenapa kata malangnya jadi manusia? nak jadi kuyat ke? kehkehkeh....

aNak GenTa berkata...

fikri,
ya, harap2 ada yang paham dengan post yang penuh sindiran ni. hahahaha.... moga2 dia insaf dan tidak melucah lagi kalau rasa dia ni semulia wali. huhu

aNak GenTa berkata...

kepada idrus....
terima kasih atas coretan kata yang indah sekali...
terus2kan berkunjung...
perkongsian idea amat dialu2kan... berguna untuk mencetuskan pemikiran yang lebih mantap dan meletup...
stay cute... dada...

kosaerer berkata...

salam...
ana curi masa sikit masa peralihan kuliah untuk bagi komen skit unutk tajuk kali ni...

pandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak... susah nak sembunyikan apa perkara buruk yg kita buat. kadang2 buat malu diri sendiri je bila orang dapat tau. haih... perkara macam ni susah skit nak diperkatakan... yg penting, bak kata fikri, teruslah berubah demi imej sendiri :]

aNak GenTa berkata...

em... nosaer... tq for limpas blog sang pemikir ni. heheh... em... nanti ada masa, aku akan ceritakan intipati cerita yang tersirat dalam post kali ni. hahaha... mesti anta akan terkejut dan terkesima mendengar siapa yang ana sindir ni. hahah...

kosaerer berkata...

ok!!! jangan lupa storykan sama hamba sapa orang nya... wakakaka!!!

aNak GenTa berkata...

nanti aku ceritakan. sepastinya, anta akan terkesima. hahahaahahha...

kak kecik berkata...

haiiissshh..
urmm mcm towk ruangan kutbah..
sa tkt mok bca..
urmm asa ai towkkk cia jak...
urmm i mena mcm i part of the people...wkakkaa...

Niewa berkata...

salamzzzz...wahai sang pemikir yang sering berfikir....
bila aku start baca tajuk nie...aku pikir mcm sang pemikir nie tgh terkesima..sebab biasanya ayat "tak terfikir...." nie, bila kita da buat keputusan utk sst perkara...then kita xterfikir pun..rupanya ada cara lain utk selesaikan perkara berkenaan...tulah pendapat aku bila aku baca tajuk "tak terfikir sang pemikir"
berbalik pada topik....bdsrkn crita sang pemikir...aku curious gak..apa yg sang pemikir hindarkan? sampai gunakan alasan sakit perut? nak tau...nak tau....
alam ini mmg la tersangat indah...tgk la sapa penciptanya... Tuhan Yang Maha Esa....bila aku jogging petang2...lps jogging..bila penat2, aku ngan kwn2 akn baring2 kat astaka...merenung ke langit nan biru...setiap kali pabila ku lihat langit yang terbentang begitu luas, aku sedar..btapa indah nya ciptaan yang maha Esa...dan betapa kerdilnya aku ciptaanNya...
ok...next topik...aku suka la ayat yg diguna oleh sang pemikir 'kebersamaan membawa kegembiraan'....aku suka la sesgt bila berkongsi kegembiraan bersama kwn2ku...rasa bahagia je....
isu yang seterusnya, aku pelik la..mmg setiap manusia ada kekurangan dan ada kelebihan mereka masing-masing....kalo ayat tu xlah mengherankan sgt...sbb mmg fakta pun... apa yg mengherankan di sini ialah ada org yg merasakan dirinya cukup gah dan sempurna...xda langsung la kelemahan dia.... tp, apa yg mengeramkan di sini sang pemikir...kalo xkaco org xla kisah...nie tidak... dia hanya nampak kelemahan je...apa yg lbh memburukkan keadaan apabila mulutnya xhenti2 mencanang kelemahan org yg dia xpuas hati ke semua org...knapa la ada manusia mcm nie...?huhuhuhuhu..aku berdoa je..agar cepat2 la insan spt ini sedar dan berpijak di bumi yg nyata...bahawa semua insan xla sempurna...aku xsempurna, dia xsempurna...dan semua makhluk di muka bumi ini xsempurna...dia harus menyedari semua fakta itu...lihat la kelemahan diri sebelum mencanang kelemahan org lain...aku sering tersentak pabila aku sering tdgr manusia spt ini suka sekali membuka keaiban org lain...cuba dia diletakkan di situasi org yg diaibnya tadi...apa perasaan dia...tidakkah pernah dia terfikir sedemikian.... aku benci kpd insan yg suka bangga diri tahap melampau..entahlah...sungguh menjengkelkan... aku berpegang kepada kata-kata ini,"SEMAKIN KITA MEMBANGGA DIRI, SEMAKIN RENDAH MARTABAT KITA"...so..kpd insan2 berkenaan.insaf2 la....sedar la...
tu je la pendapat dan story2 yg dpt ku curahkan kat post sang pemikir kali ini....
p/s:sori aaa sang pemikir, terlewat sungguh hamba mendropkan komen hamba di dalam post tuan hamba...sori aaaa.......

aNak GenTa berkata...

to kak kecik... selamat datang to Sang Pemikir. akhirnya bertandang juga kamu owh. hahahah... selalu2 lah menjenguk k.
em, part of the people? matai... idak lawah ngak terasa u. tapi, bukan ditujukan pada u... cuma terdetik di minda apabila melihat sikap manusia. terfikir seketika, tapi at last tak terfikir. hahah...

aNak GenTa berkata...

to awien...
"kebersamaan membawa kegembiraan"
kalau suka, ingat lah kata2 itu selalu k... heheh...
baguslah, anda seorang yang bertanggungjawab kerana menghargai pemberian yang Esa... semoga terus dikembangkan dari semasa ke semasa.
sakit perut tu ek? adalah tu, biar sang pemikir je yang tahu. huhuihuui....
manusia memang tak sempurna awien... sebab tu lah dia tak nak ketidak sempurnaan dia dilihat oleh orang lain. itulah fitrah manusia, jangan ditahan2 rasa dalam diri ni. bagi sang pemikir, andai tak berpuas hati luahkan saja, andai tak suka, katakan saja. itu semua tak kesah... memang itulah fitrah manusia, kita tak boleh nak larang mereka berbuat begitu, sang pemikir terkadang begitu, tapi harus berpada2 lah. the point is, kita mesti rasa puas hati... hati orang? belakang kira lah... kalau dah penat, diamlah tu... ada betul? em...
semakin kita membangga diri, semakin rendah martabat kita?
sang pemikir kurang bersetuju dengan kenyataan ini. sang pemikir rasa, kita semua mempunyai the art of membangga diri. setiap masa mempunyai keinginan untuk menyatakan diri kita bagus. memang itulah naluri kita. adakah kita suka orang mengatakan kita tidak bagus? x suka bukan? apatah lagi kita nak mengatakan diri kita sendiri tak bagus, lagi x suka kan? membangga diri bukan untuk tujuan riak, satu yang bagus, kerana ini tanda kita menghargai akan diri kita sendiri dan mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas apa yang kita buat.
dan apabila kita membanggakan diri kita sendiri, sebenarnya kita telah memberi martabat kepada diri kita sendiri. cuba awien bayangkan... andai tak ada pernah yang bangga akan kehadiran kita, tak pernah ada yang menghargai akan keujudan kita, adakah kita akan berasa gembira? justeru, sebelum keadaan itu datang, banggakan diri kita awal2, tapi harus diingat, jangan smpai timbul rasa riak...

stay cool... :-)

Niewa berkata...

to sang pemikir,
apa yg awien ingin sampaikan di sini bagi topik bangga diri ini ialah..sekiranya ingin membangga diri utk memberi penghargaan kepada diri sendiri...itu xjd masalah...tapi konsep membangga diri yang aku katakan di sini ialah membangga diri tahap MELAMPAU... kalo membangga diri tahap melampau ini biasanya ada sentimen2 riak.....tu lah point yg aku nak sampaikan........

aNak GenTa berkata...

tq for the responses awien... :-)