Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

15 April 2008

Si Tongkat Putih

Tiada pernah terminta
segalanya tentu Yang Satu
melihat dunia yang gelap sahaja

pilu hati terlihat
keperitan hidup si emas
duduk tercangkung menadah simpati
andai berisi, terhulur jua
mudahan terbantu.

Tiada juga pernah terbenak
ada keturunan si emas ini
yang cukup segala upaya, tiada kurang
entah ke mana larian budinya
dibiar tercangkung si emas
lelah
kendong
lahir
tiada teringatkah lagi?

Jangan pernah dilagak diri
tiada siapa yang sempurna cukup
rajin hulur, mudah dihulur...

AsHam
Tepian jalan Kuching, 2.02AM, 14 April 2008

Tiada ulasan: