sengsara hidup tiada pernah berpenghujung
biar berjuta jauh langkahan kai
larian tiada henti
sakit pedih senantiasa akan pernah tidak datang
ada sahaja yang bertandang
sebagai ujian di dunia yang indah ini
tiada pernah tersangka
akan ada jualan daging-daging maruah kemanusiaan
di lelorong gelap tatkala hening pagi
hanya untuk sesuap kehidupan
bukan besar nilai kemanusiaannya
3 keping kertas merah berharga cuma
apa puasnya melonglai yang sedia ada kasar keras?
apa perlunya hidup dalam keterpaksaan kejantanannya?
apa? apa?
puas kah kehidupannya?
atau ia tuntutan hidupnya untuk penghidupan?
manusia dan kehidupan unik
AsHam
Jalan Haji Taha, Kuching, 5 April 2008, 4.30AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan