Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

17 Februari 2008

Terkenal

Terkenal


 

Mudah betul hati terkesan

bilamana terbau palitan kenangan itu

saat aku hidup berseorang

belum lagi bertemu cocok dengan sekitaran.


 

Namun tiada pernah terkenal

erti kesunyian

betapa nikmatnya tiada yang mengenal

tiada yang akan digerun

tiada yang perlu dikisahkan.


 

Kali, inilah kesempatan kurniaan-Nya

untuk diriku bersendiri

bermuhasabah kuat lemah diri

kerna kehidupan yang sebelumnya

terlalu mudah diri dikenal

entah kerana apa

kali juga sumbangan yang tak terkira jari sepuluh

ah, alangkah tidak cerianya kehidupan lepas

tiada boleh berolah.


 

Syukur ya Rabbi atas kesempatan itu

meskipun pengalaman lepas yang senantiasa dikenal kembali lagi

aku masih boleh berbangga

atas peluang yang yang diberikan untuk berseorang itu

nikmatnya...


 

Seperti balu kehilangan tersayang

sedih, pilu, kecewa

tiada kata yang mampu melukis suasana hati ini

walaupun dikenal atas sumbangan

walaupun dikenal atas segala bantuan

walaupun dikenal bukan atas perkara yang tiada baik

tetap juga nama terpalit kecelakaan

terpalit ketidakenakan sebutan

terpalit juga caci maki

oleh golongan yang cukup celaka

sial amat pemikiran dan corak pendiriannya

puja puji bila diperlu

caci maki bila tiada keperluan

celaka jahanam amat.


 

Yang Agung...

ku pohon kekuatan dari-Mu

limpahkan nikmat yang tak terhingga untukku

waima aku tiada terkenal lagi.

Tigris

Kota Samarahan, 2008-02-16

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

=)
best best
walaupun i sense kepahitan yang amat
tapi sikpa..
I tauk u bole juak berhadapan dengan semua ya~
be strong ok..

aNak GenTa berkata...

em... besa lah ya u... itulah kehidupan. penuh onak duri. janji terima takdir, semua akan ok.