Klik jika anda bijak

Jangan lepaskan

26 Februari 2008

Dinamik

Dinamik
seketika sejuk, seketika lagi panas
sebagai cuaca tiada boleh diduga
tiada boleh ditelah.

Bingung terasa pabila bermuka
terasa tiada selesa bila mana tiada suka
akan kedinamikan
resah.

Entah bagaimana mahu membuang keresahan
bagaimana mahu menjernih yang keruh
andai sudah jernih
datang lagikah keruh?

Dinamik...

Tiada ulasan: